Pelakon Cilik Berhenti Sekolah Tak Tahan Diejek
Tertekan dengan usikan dan juga rakan-rakan di sekolah sehingga mengganggu tumpuan untuk belajar, pelakon cilik Rykarl Iskandar akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan hanya mengikuti pembelajaran di rumah.
“Saya sering menjadi mangsa ejekan rakan-rakan di sekolah hanya kerana saya seorang pelakon sehingga menyebabkan fokus saya terhadap pelajaran terganggu. Atas sebab itu saya berhenti sekolah dan belajar secara home schooling sejak awal tahun ini,” jelasnya kepada mStar Online.
Mengakui agak kekok pada mulanya mengikut pembelajaran di rumah, Rykarl menjelaskan lama-kelamaan dia dapat menerima perkara tersebut selain memberikan kelonggaran untuknya mengisi jadual untuk penggambaran.
“Guru akan datang ke rumah tiga kali seminggu dan kadang-kala lebih dari itu untuk mengajar saya walaupun pada awalnya sedikit kekok. Alhamdulillah pembahagian masa juga semakin terurus kerana belajar di rumah lebih fleksibel bersesuaian dengan jadual penggambaran,” katanya. (rtky/s)
0 Komentar untuk "Pelakon Cilik Berhenti Sekolah Tak Tahan Diejek"