Berstatus ibu tunggal, penyanyi yang juga pelakon, Jeslina Hashim begitu ketara perubahan pada dirinya kebelakangan ini.
Berbanding penampilannya di awalan kerjaya sekitar 1998 dan seiring
dengan peredaran masa, Jeslina ternyata menunjukkan transformasi
berbeza.
Perubahan pada Jeslina dapat dirasai baru-baru ini ketika BH Online bertemunya di Istana Budaya ketika menonton konsert Puteri Gunung Ledang, Rebirth Of Legend.
Perubahan pada Jeslina dapat dirasai baru-baru ini ketika BH Online bertemunya di Istana Budaya ketika menonton konsert Puteri Gunung Ledang, Rebirth Of Legend.
Apa yang pasti, ibu kepada dua anak - Micah, 7 dan Keira, 5, jelas
menunjukkan kematangan buat penyanyi yang pernah diingati dengan lagu Ku
Intai Cinta Dalam Rahsia.
Jeslina sudah tiga tahun hidup solo. Dia sah bercerai talak satu dengan Dion Andrew Vercoe, 40, pada 9.55 pagi di Mahkamah Tinggi Syariah, Mac 2013.
Jeslina sudah tiga tahun hidup solo. Dia sah bercerai talak satu dengan Dion Andrew Vercoe, 40, pada 9.55 pagi di Mahkamah Tinggi Syariah, Mac 2013.
Jeslina dan Dion telah berkahwin pada 21 April 2005.
Ketika itu keputusan mahkamah memutuskan anak tinggal di bawah jagaan Dion namun Jeslina masih berpeluang melawat anaknya.
"Saya kini lebih sibuk dengan kehidupan sendiri selain bersama anak
yang makin membesar. Pada masa sama, saya juga sibuk dengan perniagaan.
Saya juga mempunyai rangkaian pakaian sendiri di bawah nama Jeslina
Hashim.
"Ikutkan memang rindu untuk kembali menyanyi contohnya. Ada tawaran
tapi belum ada yang kena pada masa. Masa saya agak terhad kerana tumpuan
lebih kepada perniagaan dan anak," katanya yang pernah membintangi filem Seri Dewi Malam di samping Maya Karin.
Sempat ditanya apa rahsia badannya kian mengecil, Jeslina sempat berseloroh mengatakan alasannya kerana sakit jiwa. Jawapan itu disambut dengan hilai tawa manja suaranya. Hakikatnya Jeslina kini pasang badan untuk memastikan aspek kecantikan dan kesihatan seimbang.

"Memang kena jaga. Malah saya turut mengajar anak memakan makanan
sihat. Apabila ajak anak begitu, saya pun kena buat benda yang sama.
Saya turut bersenam di rumah. Di rumah pendek kata lengkap semua
kelengkapan bersenam," katanya.
Diaju persoalan bagaimana dia meneruskan kehidupan sekarang tanpa insan bernama suami, Jeslina mengakui melaluinya dengan tenang.
Diaju persoalan bagaimana dia meneruskan kehidupan sekarang tanpa insan bernama suami, Jeslina mengakui melaluinya dengan tenang.
"Saya tidak bergelut. Saya lalui kehidupan sebaik mungkin. Saya ada
keluarga, kawan dan semestinya dua anak yang menjadi pengarang jantung,"
katanya yang pernah memenangi kategori Pelakon Harapan Wanita Terbaik
pada Festival Filem Malaysia ke-15 menerusi filem Seri Dewi Malam.
Sempat diusik dengan pertanyaan sama ada dia sudah bertemu pengganti
atau tidak, Jeslina menjelaskan dia belum ada lelaki yang istimewa.
Nama: Nor Jeslina Hashim Khairuddin Mohd Hashim
Umur: 37 tahun
Tarikh lahir: 11 Mac 1978
Tempat lahir: Ayer Hitam, Pulau Pinang
Album pertama: Ku Intai Cintai Dalam Rahsia
Sumber : Viralberita
0 Komentar untuk "(8 FOTO) FUH!! Jeslina Hashim kini pasang badan selepas 3 tahun bercerai"