PERTEMUAN ini diatur di Coffee Bean Plaza Pelangi, Johor
Bahru pada petang Ahad minggu lalu. Lokasi yang sering dikunjungi eksekutif muda
di bandar raya ini dipilih sendiri oleh Tunku Aminah Maimunah Iskandariah.
Gadis ini ternyata mahu sembang santai mengenai produk
kecantikan jenamanya sendiri, Luvins, begitu juga kehidupan peribadinya sebagai
puteri tunggal Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar.
“Ayahanda mahu saya berdikari. Ayahanda tidak ingin saya
hanya duduk ‘goyang kaki’ dan tidak melakukan apa-apa untuk memajukan diri,”
lancar tutur kata meluncur dari bibirnya.
Tunku Aminah bakal muncul dengan Luvins dalam masa terdekat,
dengan beliau bertindak sebagai pengarah dan pereka produk.
Dari sisi rakyat jelata, cucunda Sultan Johor ini sudah
memiliki segala-galanya sesuai status seorang puteri diraja. Ringkas cerita,
apa saja yang beliau hajati boleh dipenuhi dengan mudah oleh si ayahanda.
0 Komentar untuk " 9 Gambar Puteri Tunggal Sultan Johor Yang Tersangat Cantik"