Banglo dua tingkat dengan keluasan termasuk tanah yang mencecah 8,000
kaki persegi (743 meter persegi) yang terletak di pinggir kawasan
metropolitan Kuala Lumpur serta bersebelahan dengan Bandar Baru Ampang
dan Ampang Jaya itu sebenarnya merupakan salah satu daripada 45 buah
banglo berkonsep resort atau vila spa Bali.
Merupakan sebuah kawasan perumahan elit dan eksklusif dengan kawalan
keselamatan 24 jam, Setiahills yang dibangunkan oleh syarikat pemaju
hartanah terbesar di Malaysia, SP Setia itu dibina dengan pelbagai reka
bentuk. Harga setiap banglo tersebut pula mencecah antara RM2.2 hingga
RM3.6 juta (tetapi kini boleh mencapai harga RM7 juta!!!).
“Diperkenalkan dengan Setiahills oleh seorang kawan, mula-mula saya
langsung tidak berminat untuk membeli rumah di sini sebab harganya yang
agak tinggi,” akui Linda, 32.
Sekadar menyebut harga kediaman yang baru didudukinya kira-kira sebulan
itu dalam lingkungan jutaan ringgit, penyampai radio popular yang kini
bertugas dengan stesen Sinar FM itu menyambung bicara, “Namun, apabila
mengkaji semula bajet, Linda pun terima ini (pembelian banglo tersebut)
sebagai satu tanggungjawab baru. Justeru, Linda terima cabaran dengan
membelinya untuk dijadikan aset terbaru.”
Bersatu dengan alam
Bersatu dengan alam
Dekorasi ruangan dalaman banglo Linda itu sebenarnya sama sahaja seperti
banglo lain yang dilengkapi dengan ruang tamu, ruang makan dan dapur.
Namun, apabila bahagian belakang banglo itu bersatu dengan alam sekitar,
keluasan dan keselesaannya mampu membuatkan emosi bebas daripada segala
tekanan hidup.
Buktinya kawasan belakang banglo itu betul-betul menghadap bukit yang
menghijau. Kedudukan banglo ini pula agak istimewa berbanding
banglo-banglo berhampiran kerana ia terletak di lot hujung yang
menyuntik ciri eksklusif yang ekstra.
Dinding ruang tamu, ruang makan dan sebuah bilik sederhana besarnya yang
membina struktur belakang banglo itu bukan dibina dengan konkrit tetapi
diwakili pintu kaca gelungsur telus pandang, yang apabila disingkap
akan betul-betul mendedahkan bahagian dalaman rumah kepada dunia luar.
Bayangkan ini. Selangkah sahaja di belakang sofa di ruang tamu ialah
kolam mandi yang lengkap dengan jakuzi. Kolam mandi tersebut dibina
memanjang dari ruang tamu sehingga ruang makan dan pemandangan kedamaian
kolam tersebut boleh dinikmati daripada bilik yang bersambung dengan
ruang makan itu.
Melangkah pula dari ruang makan ialah zon bersantai yang menghadap
kolam. Sempat Linda menjamu krew Jurnal menikmati juadah makanan di
situ. “Terasa seperti sedang dalam percutian pula,” sahut jurugambar,
Nooradzrene Mohd. Noor.
Melangkapkan suasana resort banglo Linda itu ialah sebuah gazebo, selain
sebuah taman mini yang bersambung dengan ruang tamu di bahagian kanan
rumah.
“Persekitaran kolam dan gazebo ini adalah antara ruangan yang paling
saya suka di banglo ini selain dari bilik tidur saya di atas,” ujarnya
mengenai banglo yang memiliki lima bilik – satu di bawah dan empat di
tingkat atas serta sebuah bilik kecil untuk pembantu rumah.
Curahan idea peribadi
Curahan idea peribadi
Meraih layanan kelas pertama, krew Jurnal sempat merasai betapa empuknya
tilam di katil bilik utama Linda. Saiz bilik beradu Linda itu kalau
dibuat perbandingan adalah lebih luas daripada sebuah apartment atau
kondominium dengan keluasan melebihi 1,000 kaki persegi.
Uniknya bilik tidur ini menepati ciri-ciri resort spa Bali dengan bilik
mandinya yang amat luas dan terbuka – justeru, ia turut bersatu dengan
alam.
Keluasan bilik tidur utama ini digandakan dengan pintu kaca gelangsar
telus pandang dan beranda bersaiz mega yang menghadap bahagian belakang
banglo dan menuju terus kepada pemandangan kehijauan bukit.
“Apabila mula-mula melihat ruangan dalam banglo ini saya terus terfikir,
nampaknya saya perlu menggunakan khidmat pereka hiasan dalaman. Namun,
apabila difikir dengan lebih mendalam, saya bimbang pula tak menepati
cita rasa, lalu saya mengambil cabaran untuk mencurahkan idea saya
sendiri,” ujar Linda.
Menjadikan majalah-majalah dan program-program dekorasi di televisyen
sebagai rujukan, Linda mengambil masa berbulan-bulan sebelum sepenuhnya
berjaya memercikkan idea bagi menata rias seluruh ruangan banglo
tersebut.
“Saya membuat tinjauan di kedai-kedai perabot, lampu, aksesori sehingga
akhirnya mendapat barangan yang menepati kehendak saya bagi dekorasi
banglo ini,” katanya.
Mengulas mengenai penataan warna, Linda memberitahu, “Sememangnya warna
hitam dan merah adalah warna kegemaran saya. Merah mewakili tiga sifat –
yakin, berani dan kuat, manakala hitam pula menawan dan misteri.
Tambahnya, “Sesiapa yang melangkah ke kediaman saya ini akan merasai aura gabungan kelima-lima elemen tersebut.”
Persinggahan sementara
Persinggahan sementara
Umum mengetahui Linda turut membawa ibu dan bapanya tinggal bersamanya
sejak dia mula-mula membuka bisnes francais restoran nasi ayamnya yang
terkenal itu, My Mom’s Chicken Rice sejak lima tahun lepas.
“Selama ini, Linda tinggal dengan ibu dan bapa di rumah jenis berkembar
di kawasan perumahan mewah Beverly Heights di Ukay Perdana.
“Sebagai anak bongsu, ibu bagi Linda ibarat nyawa Linda. Ibu selalu
kata, ‘Linda ni tak kahwin-kahwin juga sebab jadi baby girl semula’,”
seloroh Linda sambil mengukir senyuman di bibir.
Linda yang mengumumkan bakal membuka empat lagi cawangan My Mom’s
Chicken Rice – dua di Melaka dan dua di Johor dalam pada itu mengakui
ibunya, Saadiah, 67, lebih suka tinggal di Beverly Heights kerana selain
sudah lama tinggal di sana, kejiranan di situ amat disenangi ibunya
itu.
“Di Beverly Heights, hubungan sesama jiran sangat akrab dan saling
mengunjungi khususnya apabila ada ada kenduri-kendara atau sambutan hari
perayaan seperti Aidilfitri.
“Buat sementara waktu, banglo baru saya ini saya jadikan sebagai rumah
persinggahan. Sebab itulah ada ruang yang belum sepenuhnya dihias,
seperti bahagian balkoni bilik utama yang masih kosong lagi,” jelasnya
yang turut memberitahu antara perabot yang dibawa dari rumah lama ke
kediaman di Setiahills itu termasuklah sofa dan meja makan.
“Banglo ini sejuk suasananya, dan memanglah lebih luas berbanding rumah
di Beverly Heights. Tapi suasananya sunyi,” ujar ibu Linda, Saadiah,
ketika diminta mengulas mengenai aset terbaru anaknya itu.
Tidak banyak melontarkan bicara, itupun setelah puas dipujuk untuk bercerita tentang Linda daripada pandangan dirinya selaku wanita yang telah melahir dan membesarkan Linda, Saadiah sekadar menuturkan, “Doa ibu untuk Linda dan tiga anak yang lain itu untuk menjadi manusia yang berjaya dan berguna sudah tercapai.”
Tidak banyak melontarkan bicara, itupun setelah puas dipujuk untuk bercerita tentang Linda daripada pandangan dirinya selaku wanita yang telah melahir dan membesarkan Linda, Saadiah sekadar menuturkan, “Doa ibu untuk Linda dan tiga anak yang lain itu untuk menjadi manusia yang berjaya dan berguna sudah tercapai.”
Jika ibunya sudah berpuas hati dengan pencapaian Linda selaku anak bongsunya, bagaimana pula dengan Linda?
Adakah dia sudah berpuas hati memiliki banglo mewah tersebut ataupun
mahu membeli kediaman yang lebih mewah di masa hadapan nanti?
“Saya hanya jual banglo ini kalau harganya mencecah RM7 juta,” ujar Linda berseloroh.
Melahirkan isi hatinya, akui Linda, “Selepas menetap di banglo ini, barulah saya mamahami istilah home sweet home atau rumahku syurgaku.
Melahirkan isi hatinya, akui Linda, “Selepas menetap di banglo ini, barulah saya mamahami istilah home sweet home atau rumahku syurgaku.
“Ia sememangnya memberikan kepuasan seratus peratus apatah lagi
dekorasinya adalah hasil curahan idea saya sendiri. Banglo ini
sememangnya rumah impian saya.”
Sumber : Beritasuamkuku
0 Komentar untuk "TERLALU MEWAH...!! 9 Foto banglo mewah milik Linda Onn berharga RM7 juta"