Wowww ROMANTIKNYAAA & SO SWEETTT.... 5 GAMBAR - Nubhan Dan Afifah Di Eropah...Jom Tengok Gambar Menarik Mereka...




Agak menyepi juga pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim ke-6 Nubhan ini di dalam industri hiburan. Namun, sejak berkahwin dirinya dilihat semakin aktif malah dengar cerita bakal melancarkan album kedua pada penghujung tahun ini......

Album terbarunya yang berjudul Romantika memuatkan 6 buah lagu gabungan komposer-komposer terkenal seperti Omar K, Ajai dan Azlan Abu Hassan. Walaupun menyedari hakikat sebenar jualan album kini semakin tidak menentu lebih-lebih lagi dengan adanya jualan album secara digital dan peluang untuk memuat turun dengan mudah tersedia, ia tidak mematahkan semangat Nubhan untuk kembali dengan album terbarunya.....

Malah dirinya juga kini sibuk dengan perniagaan produk Juwita Divine yang diusahakan sejak lima tahun lalu.....

“Nyanyian adalah hobi dan minat, manakala perniagaan pula untuk jaminan masa depan. Saya tidak boleh pilih untuk fokus pada satu bidang sahaja. Perlu bahagi masa sebaik mungkin untuk mengimbangi kedua-duanya.

“Pelancaran album yang akan datang sebagai tanda saya akan aktif semula dalam bidang seni. Saya sudah bersedia menjadi artis kepada syarikat rakaman NOVA Music untuk mempromosikan album ini di samping terus mengusahakan perniagaan sendiri”.





Kehidupan Nubhan yang baru sahaja melangsungkan perkahwinannya bersama pilihan hati Afifah Hidayan Ahmad Tawfek 0g0s lalu ternyata sekali berbeza dan semakin bahagia.......

“Banyak perubahan dalam diri sejak bergelar suami. Saya lebih memikirkan tentang agama. Perkahwinan yang dibina adalah untuk membina keluarga bersama-sama bakal zuriat kami nanti.

“Memang seronok berkahwin, namun tanggungjawab cukup besar sebagai suami untuk mendidik isteri menjadi permaisuri dalam hidup. Saya juga mahu mencari kebahagian di akhirat kelak,” jelas Nubhan.

Alhamdulillah, bila Agama didahulukan Insha-Allah segala-galanya akan dipermudahkan 0leh Maha Esa. Sem0ga berbahagia sehingga akhir usia buat Nubhan dan isteri. Apa kata cuci mata dengan beberapa gambar bulan madu pasangan ini, memang sweet dan jeal0use sekali! ......





sumber http://www.gosipmalaysia.com/
Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "Wowww ROMANTIKNYAAA & SO SWEETTT.... 5 GAMBAR - Nubhan Dan Afifah Di Eropah...Jom Tengok Gambar Menarik Mereka..."

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 masalah dunia - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
Back To Top