Masih
ramai yang keliru tentang hukum suami terminum susu badan kepunyaan
isteri.. ada yang mengatakan hukumnya haram.. ada yang kata harus ada
yang kata hukumnya terbatal nikah.. ada yang kata suami dh jadi saudara
susuan dgn isteri,.. dan macam2 lagi la orang kata.. dari mana sumbernya
aku pun tak pasti..
Sebenarnya, ada syarat nak jadi saudara susuan atau anak susuan.. syarat
utama, mestilah berumur 2 tahun kebawah. Suami kita umur berapa???
bawah dua tahun ke??? ke lapan bulan.. ustaz azhar idrus kata, kalau
umur suami kita 8 bulan, mmg jadi la saudara susuan.. tapi ada lagi
syaratnya, iaitu 5 kali kenyang.. kalau sekali je, tak dikira lagi pun..
so, bukan senang ea nak jadi saudara susuan..
Hukum minum susu isteri, harus sbb apa shja ditubuh isteri adalah hak
dan tanggungjawab suami. Cuma suami tidaklah boleh minum susu isteri
hingga memudharatkan hak anak.. sebab susu tu hak anak juga..
Ku petik sikit artikel pasal persoalan ni, kat blog dunia susu ibu.. nak baca detail boleh lah ke laman web tu ea..
"Suami boleh minum susu badan isterinya dengan syarat tidak menghabiskan
susu tersebut. Ini kerana susu badan ialah makanan dan minuman untuk
bayi, maka menghabiskannya bererti menafikan makanan dan minuman kepada
bayi.
Adapun perubahan status sehingga terjatuh talak atau isteri menjadi
mahram bagi suami, maka ia tidak berlaku. Perubahan status mahram hanya
berlaku kepada bayi yang berumur kurang dari dua tahun. Rasulullah
bersabda: “Penyusuan tidak akan merubah status mahram kecuali (susuan)
yang mengenyangkan dan terjadi sebelum disapih.” [Shahih Sunan
al-Tirmizi, no: 1152]
Maksud susuan yang mengenyangkan ialah apabila bayi melepaskan puting
ibunya dengan sendiri, bukan kerana paksaan, istirehat atau pernafasan.
Susuan yang mengenyangkan itu mesti berlaku lima kali bagi mengesahkan
perubahan status mahram [Shahih Muslim, no: 2635]. Sementara tempoh
sapih ialah apabila bayi berumur dua tahun kerana itulah tempoh optimum
penyusuan bayi: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka
selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan
penyusuan.” [Al-Baqarah 2: 233]
Home
»
Unlabelled
»
Si Suami Jadi Saudara Susuan Isteri Jika Suami Minum Susu Isteri? Ini Jawapannya
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »
Terpopular Posts
Popular Posts
Copyright © 2014 masalah dunia - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
0 Komentar untuk "Si Suami Jadi Saudara Susuan Isteri Jika Suami Minum Susu Isteri? Ini Jawapannya"