IPOH
- Sudahlah diperkosa, kini dia diugut pula video intim mereka akan
disebarkan jika tidak melayani kehendak nafsu seorang lelaki warga
Bangladesh yang baru dikenalinya dua tahun lalu semasa bekerja di kilang
pemborong sayur, Simpang Pulai.
Lily, seorang kerani berusia 21 tahun, mendakwa dia telah di oleh Anwar,
27, pada 30 Ogos lalu, pada waktu tengah hari setelah diberikan air
yang tidak diketahui kandungannya itu.
"Hubungan kami seperti rakan sekerja yang lain. Tetapi detik hitam itu
bermula pada 30 Ogos lalu pada jam 12 tengah hari. Anwar mengajak saya
keluar minum di Gopeng. Tidak lama selepas itu, saya rasa pening dan
terus tidak sedarkan diri.
"Apabila sedar, saya terkejut yang diri saya berada dalam keadaan tanpa
seurat benang di sebuah bilik hotel. Hotel itu berada di sebelah kedai
tempat kami minum. Anwar juga ada di dalam bilik itu dan dia mengugut
akan menyebarkan video intim kami yang dirakam menggunakan telefon
bimbit," katanya.
"Selepas kejadian itu, Anwar selalu menghubungi saya setiap hari dan
memaksa saya melayani nafsunya jika tidak mahu video itu tersebar.
Sepanjang tempoh itu, saya dipaksa melayan nafsunya dia sebanyak lima
kali dan kali terakhir pada 25 September lalu di sebuah hotel bajet di
Simpang Pulai.
"Saya sudah tidak tahan dan saya beritahu perkara ini kepada teman
lelaki saya dan dia menasihatkan saya membuat laporan polis. Atas
nasihatnya itu, saya membuat laporan di Balai Polis Bercham, Sabtu
lalu," katanya yang turut menjalani pemeriksaan di Hospital Raja
Permaisuri Bainun pada hari yang sama.
Susulan mangsa membuat laporan polis, suspek telah ditangkap oleh 20
anggota Skim Rondaan Sukarelawan (SRS) Bercham dan diserahkan kepada
polis.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong mengesahkan
menerima laporan berkenaan dan akan menjalankan siasatan.
Copyright © 2014 masalah dunia - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
0 Komentar untuk " Saya Sudah Tidak Tahan Diperkosa Oleh Lelaki Bangla'"