Saya ada perkara yang ingin dikongsikan. Tiada niat mahu mengaibkan diri
ataupun orang lain. Tetapi boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada
yang lain terutamanya golongan wanita yang sedang mencari kerja.
Maghrib, jam 7.39 malam, saya menerima panggilan temuduga. Setiap kali
ada panggilan temuduga, saya sangat teruja dan memberikan respon yang
positif.
Seorang lelaki muda berbangsa Cina, mencari Exclusive PA Cum Admin.
Menurutnya, dia ada menerima resume saya tetapi tiada gambar
disertakan.
Pelik, selalunya bila saya hantar resume dalam format pdf, mustahil
tiada gambar. Saya kemudian menawar diri untuk menghantar resume sekali
lagi dan meminta alamat e-melnya.
Saya sertakan salinan perbualan kami dan anda nilaikanlah sendiri.
Mujur ada rakan yang menasihatkan saya agar tidak terperangkap dan cuba
mendapatkan maklumat individu ini. Malangnya, saya gagal mendapat
sebarang maklumat mengenai dirinya sampai ke sudah. Ekoran itu, saya
terus menyekat nombornya.
Saya bukanlah terlalu terdesak untuk mencari pekerjaan. Saya harap anda tidak salah faham dengan perkongsian ini. - Pengadu
0 Komentar untuk "'SORRY, AWAK TAK LAYAK JADI PA SAYA' -Luahan Hati Wanita Di-Reject Cuma Kerana Tidak mahu Berkongsi"