Baru-baru
ini, Nelydia Senrose dan juga kekasih hati, Qi Razali pernah diasak
soalan mengenai hubungan mereka yang dikatakan goyah apabila
masing-masing meluahkan perasaan di sosial media. Namun mereka menafikan
sekerasnya perkara tersebut, sehinggalah Nelydia membuka cerita sebenar
mengenai mereka di Kosmo!
“Terus terang, buat masa ini saya selesa bersendirian dan tidak mahu
fokus fasal cinta. Kalau boleh, saya mahu buat keluarga bangga dengan
pencapaian dalam kerjaya sebelum melangkah ke fasa seterusnya baik dalam
alam perkahwinan ataupun perkara lain yang bakal saya ceburi”
“Saya sedar sebelum ini banyak cerita yang mengatakan saya sedang dalam
persiapan untuk mendirikan rumah tangga tetapi sebenarnya tidak ada-apa
perancangan yang dilakukan. Berilah saya peluang untuk fokus kepada diri
terlebih dulu”
“Saya tidak kisah jika cinta hadir kemudian. Apa yang paling penting
sekarang ini saya mahu sayangkan diri saya dulu. Ini bukan bermakna saya
pentingkan diri sendiri tetapi saya mahu meletakkan diri saya di satu
tahap yang berbeza supaya orang lain tidak mudah memperkotak-katikkan
diri ini,” kata Nelydia menjelaskan segalanya.
Selain itu, Nelydia yang sebelum ini sudah menjalin cinta hampir tiga
tahun bersama Qi enggan mendedahkan perkara sebenar yang menjadi
penyebab perpisahan mereka.
Apa pun dia tidak menolak jodoh jika mereka sememangnya sudah
ditakdirkan bersama – okay ini jawapan cliche. Apa pun, semoga Nelydia
mahu pun Qi dapat mengejar impian masing-masing.
Copyright © 2014 masalah dunia - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
0 Komentar untuk "Saya Selesa Bersendiri,Mahu Sayang Diri Sendiri - Nelydia Senrose"