Baru-baru ini, Abby Abadi telah membeli kek dari restoran Secret Recipe
bagi menyambut hari lahir anak-anaknya iaitu Maria Danisha dan Marissa
Dania.
Tetapi kek tersebut merupakan kali terakhir Abby membelinya kerana dia meragui status halalnya.
Menurut Abby, dia berjanji tidak akan membeli lagi makanan dari Secret
Recipe kerana pemilik restoran tersebut bukan seorang muslim.
Klik gambar untuk size besar
Disebabkan keraguan tersebut, kami menyangka Abby akan membuang kek
tersebut rupanya dia tetap menghidangkan kek itu untuk meraikan sambutan
ulangtahun kelahiran anak-anaknya.
Pada pandangan kami, sekiranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
telah memberikan sijil pengiktirafan halal kepada satu rangkaian
restoran maka makanan yang dihidangkan ialah halal.
Seandainya terdapat kekhilafan dalam perkara ini yang menanggung ialah pegawai JAKIM selaku pemegang autoriti.
Mungkin selepas ini Abby patut belajar membuat kek supaya dia dapat
memastikan kesemua bahan yang digunakan ialah halal. Tak susah pun buat
kek, kan? Sejam saja dah siap.
Atau pesan saja kek yang dibuat di rumah oleh pembuat-pembuat kek yang
bertebaran di Facebook dan Instagram dari awal. Sekiranya tidak cukup
masa, majlis sambutan boleh dilambatkan sehari dua. Yang penting tiada
syak dan was-was, ya tak?
Copyright © 2014 masalah dunia - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
0 Komentar untuk ""SAYA BERJANJI TAK AKAN BELI KEK SECRET RECIPE" - ABBY ABADI "