Inilah wajah se0rang pembuli jalan raya. Kelakar kan? Perwatakan nampak
seperti se0rang ibu. Saya memberikan isyarat mahu mengambil parking dari
sebuah kereta yang akan keluar, selama 5 minit.
Ketika saya mahu mengundurkan kereta untuk masuk ke ruang parking,
pemandu kereta AUDI ini datang dari belakang dan terus masuk ke parking
itu sungguhpun dia tahu saya telah menunggu lama untuk parking
tersebut.
Saya memberhentikan kereta di depan keretanya. Saya keluar dan menuju ke
arahnya. Saya tak ketuk, saya beri isyarat menyuruh dia keluar atau
menurunkan tingkap keretanya. Dia hanya memberikan resp0n enggan
menuruti kemahuan saya.
Kelakar, se0rang kaki buli secara tiba-tiba menjadi se0rang pengecut bersembunyi di dalam keretanya.
Saya tak bawa sebarang senjata untuk menakutkan dia. Saya juga tidak
berniat mahu menjerit pada dia. Saya hanya mahu bertanya, adakah dia
dalam keadaan tergesa-gesa? Adakah dia perlu berbuat demikian? Jika ya,
mengapa?
Dia langsung tidak peduli. Saya rakam gambar dia. Jika anda z00m ke arah
wajahnya, anda b0leh melihat wajahnya yang ... menunjukkan betapa
bangganya dia dengan dirinya dan tindakan 'kurang cerdiknya' itu tadi.
Berhati-hatilah dengan pemandu kereta Audi AQ8 ini.
SUMBER : CERITA GEMPAK KOMUNITI
0 Komentar untuk " KURANG AJAR...!!!! Lagaknya Umpama Gengster...Tapi..Bila Berhadapan...Lihat Apa Yang Terjadi...."