[BONGKAR] Ramai Bakal TERPANA MALU Apabila Membaca BIODATA Jutawan Pasaraya Speedmart99 Ini !
Ramai Bakal
TERPANA MALU Apabila Membaca BIODATA Jutawan Pasaraya Speedmart99 Ini
!!! | Jutawan Speedmart99 Adalah Orang Kurang Upaya (OKU), Belajar
Setakat Darjah Enam dan langsung tidak tahu bertutur english. Kita
mungkin sudah biasa melihat rangkaian mini market 99Speedmart yang papan
tandanya berwarna hijau gelap dan oren itu.
Ramai
mungkin tidak tahu siapakah pemilik rangkaian mini market itu. Untuk
rekod, ia adalah milik seorang lelaki kurang upaya (OKU) bernama Lee
Thiam Wah Beliau memiliki lebih 200 buah cawangan 99Speedmart di seluruh
Malaysia (2011).
Lee
berkerusi roda semenjak kecil. Sewaktu bayi, Lee lumpuh disebabkan polio
dan hilang fungsi kakinya. Bapanya seorang buruh pembinaan dan ibunya
seorang penjaja, mereka bekerja keras untuk menyara 11 anak.
Mereka cuma
mampu menyediakan pendidikan peringkat sekolah rendah kepada Lee. Untuk
menghilangkan rasa sunyi, Lee belajar sendiri dengan membaca buku yang
dipinjam dari jiran, dan menjual makanan ringan serta snek ditepi jalan.
“Saya perlu menolong diri sendiri. Tiada siapa yang hendak menggaji saya yang mempunyai fizikal yang terhad ini..”
Lee memiliki
simpanan RM5,000 ketika 23 tahun, cukup untuk memulakan kedai runcit.
Dari situ beliau mula belajar tentang perniagaan runcit.
Lee
menceritakan – “saya belajar apa pelanggan mahu, saya kenal siapa
pembekal dan harga mereka. Dan saya kaji pesaing saya dengan cermat..”
Beliau telah
berjaya menubuhkan 8 pasar mini di sekitar bandar Klang, Selangor pada
hujung tahun 1990an walaupun kegawatan ekonomi berlaku pada masa itu.
Kejayaan ini adalah sumber keyakinan kepadanLee dalam perkembangan
perniagaan kedai serbaneka yang mempunyai potensi tinggi.
Pada Ogos
1992, pasar raya 99 yang pertama telah dibuka. Sejak tahun 1995, 7 buah
lagi pasar raya yang menggunakan sistem kawalan stok dan inventori yang
terkini telah dibuka di beberapa kawasan di Klang. Perniagaan kesemua
pasar raya ini berkembang dengan kadar 8 peratus setahun.
Pada masa
perniagaannya berkembang, beliau telah memperoleh banyak pengetahuan dan
pengalaman dalam bidang perniagaan barangan serbaneka. Beliau mempunyai
kepekaan yang tinggi terhadap setiap perkara yang melibatkan perniagaan
ini seperti layanan pelanggan, pemilihan tempat perniagaan, kebersihan
tempat perniagaan, pentadbiran perniagaan, penjualan dan promosi.
Ini
menghasilkan rangkaian pasaraya berjenama tinggi yang dikenali oleh
penduduk Klang. Daripada pengalaman dan kejayaan Lee dalam perniagaan
ini, beliau telah mengilhamkan satu konsep kedai serbaneka moden yang
mempunyai segala kemudahan dan keperluan yang boleh dijalankan dengan
satu kedai.
Justeru, 99
Speed Mart Sdn. Bhd. telah ditubuhkan untuk mengadakan francais
kedai-kedai serbaneka di seluruh Malaysia. Sembilan kedai-kedai
serbaneka 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah wujud di sekitar Lembah Klang.
Konsep kedai
serbaneka 99 Speedmart telah direka untuk menawarkan kepada pengguna
cara membeli-belah dengan mudah, cepat dan selesa tanpa kesesakan orang
ramai yang biasanya dapat dilihat di pasar raya atau pasar raya besar.
Ia juga
menyediakan pelbagai jenis barangan dengan nilai yang terbaik untuk
pengguna. Slogan kedai serbaneka 99 Speedmart Begitu cepat, begitu mudah
meliputi idea dan konsep kedai serbaneka 99 Speedmart iaitu Cepat dan
Mudah.
Ini kerana pengguna boleh mendapatkan barangan yang diperlukan dengan cepat serta mudah dari segi masa, wang dan penginapan.
Bagi
menguatkan ‘ikatan’ dengan pembekal, Lee akan menjelaskan bayaran dengan
hanya beberapa minit sahaja dengan mereka setiap kali beliau memperoleh
barangan yang dipesan.
Cara ini menyebabkan pembekal percaya kepada kejujuran Lee.
Di kala
ramai OKU yang bergantung sepenuhnya pada bantuan kerajaan, Lee
memecahkan tradisi ini. Beliau pada awalnya terpaksa meminta bantuan
adik beradiknya untuk menyusun barangan yang berat. Keadaan beliau
berkerusi roda tentunya menyebabkan pergerakannya terhad.
“Sudah tentu
saya kena bekerja lebih kuat dari orang lain. Saya tidak boleh
berbahasa Inggeris, berkerusi roda dan sekolah setakat darjah enam. Tapi
bila berkerja keras, secara automatik boleh menambahkan rasa keyakinan
diri dan ilmu pengertahuan,” kata Lee.
Beliau juga
tidak menggunakan kecacatan dirinya bagi meminta diskaun dari pembekal.
Tiada keistimewaan khas, cuma bisnes dan berurusan seperti orang lain.
Home
»
Unlabelled
»
[BONGKAR] Ramai Bakal TERPANA MALU Apabila Membaca BIODATA Jutawan Pasaraya Speedmart99 Ini !
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »
Terpopular Posts
Popular Posts
Copyright © 2014 masalah dunia - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
0 Komentar untuk "[BONGKAR] Ramai Bakal TERPANA MALU Apabila Membaca BIODATA Jutawan Pasaraya Speedmart99 Ini !"