Ini perbualan WhatsApp cerita dari
seorang ibu ketika berada di IOI City Mall Putrajaya yang baru saja
berlaku malam tadi. Moga menjadi peringatan kepada ibu bapa agar lebih
berhati-hati.
Selepas maghrib, kami sekeluarga, IOI City Mall Putrajaya. Dalam jam 10 malam (3 Oktober 2015), baru teringat nak beli langsir untuk rumah baru. Lalu kami pun pergi Index Living.
Semasa anak pertama saya sedang bermain-main di ruang pameran bilik
tidur kanak-kanak Index Living, ada dua orang lelaki berbangsa Cina,
bujang rasanya, usia lingkungan 20'an berada berdekatan. Pada masa itu,
suami dan si adik tiada di situ.
Lelaki pertama berbaju hitam, seluar panjang. Lelaki kedua pula berantai
emas dan berbaju putih serta berseluar pendek asyik melihat si kakak
yang tengah duduk di meja. Gaya kedua-dua lelaki itu seperti samseng.
Semasa lelaki kedua itu asyik memerhatikan si kakak, dia
tertunjuk-tunjuk pada rakannya seperti memberikan isyarat bahawa si
kakak berseorangan dan lalu mereka menghampiri anak saya.
Saya rasa pelik dengan kelakuan dua lelaki ini. Apabila dia menoleh ke
arah saya, terus dia berkata sesuatu yang bahasa mandarin menyebut 'Ma'
(ibu) pada rakannya yang merujuk bahawa saya ibu kepada si kakak ada
berhampiran. Lalu mereka berdua segera berpecah ke arah lain,
konon-kononnya melihat barang-barang di Index Living.
Kuat di hati saya mengatakan bahawa dua lelaki itu mahu menculik si
kakak. Hati saya dah rasa takut dan bimbang. Cepat-cepat saya bawa si
kakak pergi ke arah suami dan memerhatikan tindak tanduk dua lelaki itu
tadi.
Mereka kelihatan seperti melilau mencari kanak-kanak yang tidak diawasi
ibu bapa yang sedang sibuk membuat pembayaran di kaunter atau jauh dari
ibu bapa mereka. Apabila mereka menyedari kami memerhatikan mereka,
salah seorang dari mereka terus pantas melarikan diri ke bahagian lain.
Semasa kami membuat pembayaran pun, dua lelaki itu masih mengekori kami.
Risau pula dibuatnya, terus suami ambil dua anak kami dan letak dalam
troli.
Ya Allah, syukur saya tak berjauhan dan memerhatikan si kakak tadi.
Kalau tak, tak tahulah apa yang terjadi. Selepas ini kena berhati-hati. -
THEHYPEMEDIA.COM
0 Komentar untuk "'Anak Perempuan Aku Nyaris Diculik 2 Lelaki Di IOI City Mall Putrajaya!'"