Wanita Separuh Bogel Buat Kacau Persidangan Orang Islam
Dua aktivis sosial wanita yang tidak memakai baju atau ‘topless’ telah mengganggu majlis persidangan Islam yang diadakan di Pontoise, di barat laut Paris, Perancis.
Mereka secara tiba-tiba melompat ke atas pentas dan memaksa dua orang lelaki dipercayai Imam untuk beredar dan melaungkan beberapa slogan sebelum pasukan keselamatan membawa mereka turun dari pentas berkenaan.
“Tiada sesiapa boleh paksa saya menyembah kepada apa-apa pun,” demikian tertulis di atas buah dada wanita yang menimbulkan kekecohan.
Satu klip video kekecohan berkenaan telah tersebar di laman sosial hari ini yang turut memaparkan wanita itu disepak seorang lelaki ketika terbaring di atas lantai.
Kumpulan FEMEN diasaskan di Ukraine pada tahun 2008 dan sekarang ini berpangkalan di Paris. Pertubuhan itu diketahui suka mengganggu program yang tidak disukai mereka dengan menggunakan aktivis wanita tidak berbaju.
Mereka menggambarkan idealogi mereka melalui tiga perkara, sexterisme, atheis dan feminisme.
Pada 1 Mei lepas, aktiviti FEMEN pernah mengganggu ucapan Marine Le Pen pada sambutan Hari Mei dalam sebuah perhimpunan oleh Parti Kebangsaan Perancis juga di Paris.
– PRU14.tv
0 Komentar untuk "Wanita Separuh Bogel Buat Kacau Persidangan Orang Islam"