Sekadar
perkongsian dan luahan rasa hati.... Beberapa hari lepas, suami saya
berdepan dengan satu insiden yang sangat mencabar dan menduga
kesabarannya. Ceritanya begini.... En suami baru balik dari kerja...bila
lift dah sampai, suami masuk di dalam lift...tetiba nampak satu
keluarga yang berlainan bangsa sedang menuju ke lift, dia pun halang
pintu dari tertutup, keluarga tersebut masuk (tanpa mengucapkan terima
kasih). Satu lagi pasangan lain yg juga berlainan bangsa masuk, dan
senyum sambil mengangguk pada suami....
Pasangan pertama bersama anak mereka berpakaian "ballet", usia sekitar 4
atau 5 tahun. Suami senyum melihat anak kecil tersebut dan terus
menegur...'Hi... just came back from ballet?" Anak kecil tersebut
menjawab, " I don't talk to stranger....espacially Malay". Suami saya
terperanjat dan memandang bapa kanak-kanak tersebut.
Beliau hanya memandang siling lift dan diam. Suami saya terus bertanya
kepada kanak-kanak tersebut "Why Malay?", jawapannya, " Malay all
stupid". Wow!! Suami menoleh kepada bapa kanak2 tersebut, mengharapkan
ucapan sorry atau apa2 saja alasan dari bapa kanak2 tersebut tetapi dia
terus diam dan hanya pandang siling dan dinding. At last, suami saya dah
tak tahan, terus cakap "never mind kid, because Malay all stupid you
are allowed to stay at Malaysia but dont worry, new
Malay generation, they are very clever, they might sent u back to your
origin country". Saya sendiri tidak setuju dengan kata2 tersebut, tapi
suami tiada pilihan kerana kedua ibu bapa kanak2 tersebut terus membisu.
Akhirnya ibu kanak2 tersebut bersuara dengan marah" you shoudn't say
like that to my daughter!" Kata suami saya " at the first place, u
should stop your daughter from saying like that!"
Saya tidak berhajat untuk mewujudkan rasa kurang senang terhadap
berlainan bangsa. Apa yang ingin saya tekankan, samada suka atau tidak,
Malaysia dihuni oleh pelbagai bangsa. Semuanya rakyat Malaysia. Untuk
itu, adalah perlu kita mewujudkan rasa hormat menghormati dan sifat
toleransi. Sifat tersebut perlu dididik dari awal.
Cuba bayangkan seandainya setiap dari anak2 kita dididik dengan sifat
perkauman dan hanya suka bangsa sendiri. Apa akan jadi kelak? Huru hara
negara. Tiada siapa yang akan menang. Yang pasti generasi kelak akan
lebih sengsara dan akan sentiasa hidup dalam ketakutan. Saya setuju
dengan cakap suami, "Dengan mengajar anak2 begitu, kita hanya meletakkan
mereka di dalam situasi yang merbahayakan mereka sendiri. Cuba
bayangkan bila mereka berjumpa orang lain dan bercakap perkara yang
sama, berkemungkinan besar pergaduhan berlaku, kecederaan dan
berkemungkinan besar boleh kehilangan nyawa.
Pada ketika itu, siapa yang perlu kita persalahkan?" Kita hanya ingin
hidup aman dan gembira... Alangkah indahnya seandainya kita didik anak2
kita menghormati dan menghayati budaya setiap kaum yang ada. Kita
sebenarnya sangat beruntung kerana kita tidak perlu ke luar negara untuk
belajar budaya orang, semuanya ada di Malaysia. Seandainya kita belajar
menghayati, pasti kita akan nampak keindahan itu....
Home
»
Unlabelled
»
Wanita Ini Kongsi Pengalaman bersama Berlainan Bangsa di Lif - Melayu Semua Bodoh
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »
Terpopular Posts
Popular Posts
Copyright © 2014 masalah dunia - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
0 Komentar untuk " Wanita Ini Kongsi Pengalaman bersama Berlainan Bangsa di Lif - Melayu Semua Bodoh "