Tulisan
ni dikongsikan oleh Tuan Rafie Ramli. Semoga perkongsiaan dapat
memberikan sedikit manfaat kepada lelaki yang ingin mendirikan rumah
tangga. Baca lagi:
Sedikit coretan utk si suami
Bagaimana saya kurangkan waktu lepak dan waktu "bersendirian saya"
Saya berkahwin di usia 24tahun, waktu tu darah muda masih meninggi, nak keluar malam dan mahu melepak.
Di awal perkahwinan, saya tidak keluar kerana masih lagi bunga2 cinta so klau, tinggal seminit pon dah rindu. Hehe.
Sebulan
kemudian , isteri di sahkan mengandung dan yg paling dasyat, dia
mengalami alahan yg teruk, dah serupa kain buruk isteri masa tu, lembik
dan lemah, makan dan muntah ja kerjanya, maka sebagai suami itu amanah
saya, saya tak dapat tolong muntahkan utk dia tapi saya dapt tolong
urutkan kepala utk melegakan kesakitan. Saat tu saya dah tak sanggup
keluar malam.
Habis
trimester 2 isteri mula cergas! Perniagaan beliau mula berjalan laju..
Saya masa tu photographer bebas, job dari Perlis sehingga ke Johor masa
tu. Tapi kesian tgk isteri yg makin memboyot. Tulis kertas parcel,
hantar barang ke poslaju senget2 badan. Pergi ambik stock, maka saya
diam2 ambik keptusan slow kan perniagaan dan support isteri. Saat tu
saya dah tak sanggup lepak lama2 tanpa isteri.
Sehingga
satu saat isteri cakap, " b, kita ni good team, u pun banyak idea and
boleh handle production very well. U stop la jadi photographer" .
Pendapatan menjadi seorang photographer agak tinggi dan pada waktu tu
rezeki saya agak murah selepas kami tubuhkan Raffelinna Photography.
Fikir punya fikir saya setuju dengan isteri dan korbankan minat saya dan
masa lepak saya .
Kami
bekerja dalam keadaan yg sgt harmoni, hormati satu sama lain dan
masing2 buat pengorbanan besar utk sebuah kejayaan, isteri walau tgh
membesar dan x berapa sihat tapi semangat dia , fuhh lain macam, dia
boleh settlekan berpuluh atau beratus customer dan seorang diri, dan
semua org mesti beli! Malam2 saya tgk dia penat sgt, saya tak sanggup
nak keluar malam.
Sekarang
ada anak, kejayaan demi kejayaan kami capai, saya akui saya penat.
Isteri dah kurang masa di office, saya banyak uruskan perniagaan. Tapi
saya tetap tidak mahu keluar melepak, balik rumah saya tgk isteri muka
pun penat, saya tahu walau dia tak kerja seperti dulu tapi kerja di
rumah jugak penat, tambahan lagi isteri mmg bukan yg otak nya boleh
berhenti berfikir. Saya dan dia banyak berkongsi perkara sama2, banyak
memberi pendapat utk bidang masing2 dan dia masih mengharapkan sy utk
banyak perkara. Bayangkan henpon dia pon sy yg charge malam2, punya la
manja. Macamna saya nak keluar lepak tanpa dia ? Hahah
Sebenarnya
dalam semua isu di atas, sy tak keluar adalah lebih kepada rasa
tanggungjawab saya sbg suami, saya rasa dah cukup masa 24tahun sy single
dan saya terfikir, jika isteri sanggup berpindah ikut saya ke kampung,
tiada kawan, tiada saudara, buang cara hidup beliau yg lama dan masuk ke
hidup saya berusaha menjaga hati ke 2 ibu bapa saya,menjadi isteri saya
yg tidak melepak. Kenapa saya perlu melepak?
Juga
bukan kerana takut bini, tapi respect! Kalau saya keluar dan dia marah,
sy tak takut. Tapi saya akan sedih. Jadi itu bukan takut bini. Tapi
sedih bini. Erk? Hahaha
Kejayaan
juga datang dari redha isteri, bukan hanya suami, doa isteri , kata2
isteri, support isteri. Saya selalu fikir, di mana aku sekarang tanpa
anak isteri ? Semestinya doa ibu bapa dan isteri.
Nasihat
ini bukan nak kata saya sempurna, jauh lagi dari sempurna, bukan lsg
tak lepak, tapi kalau nak lepak hingga 2 -3 pagi saya pilih utk ajak
kawan ke rumah. Kawan kawan yang belum kahwin tu ok la kan, ataupon
kawan kawan yang anak2 dah besar panjang. Boleh jadi hero dah pon kat
rumah, dulu masa anak dia kecik. Dia pon x melepak jugak..
kalau
petang2 habis kerja saya keluar juga jmpa kawan lepas stress kata org.
Tapi malam saya kesian nak tinggal isteri dan anak2.
Bahaya juga mereka tinggal tanpa saya walaupun ada bibik dirumah.
Dan lepak dan TT utk perbincangan ilmiah adalah dua perkara berbeza.
Dan lepak sekali sekala, seminggu 2 kali ke. Ok la kot. Setiap hari? Memang remuk hati orang di rumah. Hukhukhuk.
Untuk capai kejayaan, ada sesuatu yang kita perlu korbankan.
Ok itu sahaja. Sekian.
Copyright © 2014 masalah dunia - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
0 Komentar untuk ""Saya tak melepak bukan kerana takut bini" "