Baru-baru
ini, Tasha Shilla telah beberapa kali menggemparkan industri hiburan
tanah air apabila berani tampil seksi tidak kisahlah untuk menghiasi
muka depan majalah mahu pun ketika menghadiri majlis fesyen dan pelakon
ini mempunyai jawapan kepada tindakannya itu.
Melalui sisipan B*Pop keluaran Berita Harian hari ini, Tasha menjelaskan
perkara tersebut dilakukan di atas dasar kerjaya selain menyatakan
pakaian yang digayakannya itu adalah di atas dasar minatnya sendiri
terhadap fesyen.
“Saya mohon, jangan heret isu agama dalam hal ini. Saya lakukannya
sebagai kelangsungan kerjaya kerana selain tampil dalam acara hiburan,
saya juga diberi pernghormatan untuk muncul ketika acara fesyen. Mungkin
saya nampak seksi kerana semakin kurus,” jelasnya kepada akhbar
tersebut.
Selain itu, menurut Tasha, ketika ini dia hanya mahu menjadi diri
sendiri namun dalam masa yang sama terbuka untuk menerima kritikan yang
mendorongnya ke arah yang lebih positif. Malah Tasha juga memohon maaf
jika sikapnya mengguris perasaan ramai orang.
“Saya manusia yang tidak sempurna, senjata saya kini hanyalah doa. Kalau
boleh saya tak mahu komen lebih, terutama hal berkaitan agama. Mungkin
saya nampak sosial, namun saya juga ada pegangan agama. Biarlah hal itu
menjadi rahsia antara saya dengan Yang Satu,” katanya lagi.
Copyright © 2014 masalah dunia - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
0 Komentar untuk "Saya di Beri Penghormatan Untuk Gayakan Fashion Itu (Fashion Tetek)"