1. Selangor
Antara cerita yang mengaitkan nama Selangor adalah daripada sejenis
serangga yang digelar ‘langau’. Seorang pahlawan yang sedang dalam
perjalanan ke utara telah tewas oleh seekor langau yang menganggunya
ketika berehat di tebing sungai. Akhirnya pahlawan tersebut telah
meneroka kawasan tersebut dan dijadikan penempatan yang diberi nama
Se-Langau dan akhirnya menjadi Selangor.
Kononnya juga nama Selangor berasal dari pokok Mentangau yang banyak
terdapat di kawasan pinggir sungai. Pohonnya besar dan rimbun dan boleh
dilihat dari laut. Ada diantara pedagang mengatakan ‘aku singgah di
Kuala Sungai Mentangau’ seterusnya berkembang kepada Kuala Selangau dan
akhirnya menjadi Kuala Selangor.
Pendapat lain ada menyatakan Selangor berasal dari perkataan ‘salang’
dan ‘jemur’. Dikatakan Kuala Selangor menjadi tempat penyiksaan para
penderhaka dengan cara disalang dan dijemur sehingga mati. Dua perkataan
salang dan jemur dicantumkan menjadi ‘selangur’.
Maklumat ini telah di ambil dari laman web Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)
2. Johor
Nama silam Johor adalah “Ujung Tanah”, sementara R.O Winstead dalam
penulisannya pernah merujuk negeri Johor dengan nama “Wurawari”, ianya
adalah istilah jawa yang bermaksud “Air Jernih”.
Antara nama lama yang merujuk kepada negeri johor ialah, “Hujung
Medini”(disebut dalam syair jawa Nagara kretagama), Ganggayu (nama Johor
sebelum 1450) dan Langyu. Namun nama negeri lebih kuat dipercayai
berasal dari perkataan arab iaitu “Jauhar” yang membawa maksud
“Permata”.
3. Kedah
Kedah mengikut catatan ramai sejarawan adalah negeri tertua di Tanah
Melayu, ianya berdasarkan penemuan arkeologi tentang kewujudan
penempatan serta aktiviti masyarakat Melayu Proto. Nama kedah mengikut
rujukan catatan arab dan parsi ialah “Kilah”, “Kalah” atau “Qalha”.
Dalam tulisan sanskrit Kedah dicatatkan sebagai “Kataha” atau “Kadara”,
sementara dalam naskah tamil ianya dikenali sebagai “Kadaram” atau
“Kalaram”.
Tetapi menurut Wilkinson, nama negeri ini berasal dari perkataan
“Kheddah” yang membawa erti perangkap Gajah, tetapi ada juga yang
mengatakan Kedah adalah bermaksud “Gelas berkaki” dalam bahasa arab,
ianya bersempena dengan perniagaan pedagang arab yang menjual gelas
berkaki pada masa itu.
4. Kelantan
Mula muncul dalam catatan Ptolemy yang merujuk negeri ini sebagai
Kalantan. Dikisahkan nama Kelantan diperkenalkan oleh orang India Utara,
ianya berasal dari Bandar Koli, tempat kelahiran bonda kepada Gautama
Buddha, nama Koli kemudian digabungkan dengan perkataan “Thana” yang
bermaksuh Tanah, lalu jadilah “Kolithana” yang kemudiannya disebut oleh
penduduk pada ketika itu sebagai “Kolamtanah” atau “Kolamtam” yang
akhirnya menjadi Kelantan.
Catatan dalam ensiklopedia Ma Tuan-Lin ada menyebut tempat ini sebagai
“Ko-lo”. Dalam catatan China yang selainnya ada dikesan nama sepertu
“Ho-lan-tan” atau “Kou-lo-tan”.
Sementara dalam peta De’eredia, wujud nama “Calantan Rio”, sementara
peta selainnya disebut “Calantan”, “Calantam” dan “Calantao”. Terdapat
juga kisah bahawa nama Kelantan itu adalah bersempena dengan nama pokok
“Gelam Hutan” yang tumbuh di pesisir pantai negeri Kelantan pada ketika
itu.
5. Melaka
Selain dari kisah Parameswara yang menyaksikan seekor pelanduk menendang
anjing hingga jatuh ke sungai dan Pokok Melaka tempat beliau bersandar
ketika itu, terdapat teori lain bagaimana Melaka mendapat namanya.
Dalam naskah lama “Sejarah Melayu” memang sudah disebut nama Melaka, ia
mugkin dari istilah “Malakat” atau “Mulagah” yang digunakan oleh
pedagang arab yang membawa maksud “pusat / tempat perdagangan “. Dalam
bahasa sanskrit, Melaka mungkin dirujuk sebagai “Malayakolam” atau
“Malayaka” yang membawa erti “negeri orang melayu”.
6. Negeri Sembilan
Nama negeri ini bersempena 9 negeri yang berada dibawah gabungannya, kawasan berkenaan ialah ;
1) Sungai Ujong
2) Naning
3) Rembau
4) Jelebu
5) Johol
6) Klang
7) Jelai
8) Ulu Pahang
9) Segamat
1) Sungai Ujong
2) Naning
3) Rembau
4) Jelebu
5) Johol
6) Klang
7) Jelai
8) Ulu Pahang
9) Segamat
Negeri Sembilan kemudiannya menyerahkan Klang kepada Selangor, Ulu
Pahang dan Jelai kepada Pahang dan Segamat kepada Johor. Rombakan
kawasan kemudianya menyenaraikan 9 kawasan berikut sebagai negeri yang
sembilan, iaitu:
1) Sungai Ujong
2) Rembau
3) Jelebu
4) Johol
5) Ulu Muar
6) Inas
7) Gunung Pasir
8) Terachi
9) Jempol
2) Rembau
3) Jelebu
4) Johol
5) Ulu Muar
6) Inas
7) Gunung Pasir
8) Terachi
9) Jempol
7. Pahang
Nama klasik bagi negeri ini ialah Inderapura, nama Pahang telah ada
sebelum adanya negeri Melaka, ianya dikenali sebagai Pahang Tua. Tiada
kisah yang jelas bagaimana Pahang mendapat namanya, namun dalam bahasa
Khmer, Pahang itu bermaksud “timah” yang mungkin juga ada kena mengena
dengan Sungai Lembing yang terkenal dengan timah.
8. Perak
Sepertimana Pahang, Perak juga mempunyai nama klasiknya yang tersendiri,
iaitu Gangga Negara, pusat pemerintahan Gangga Negara ialah di Beruas.
Menurut Hikayat Merong Mahawangsa, nama Perak diberi bersempena dengan
anak panah bermata perak yang dilepaskan oleh anak Raja Merong
Mahapodisat Kedah. Anak panah itu dilepaskan ke kawasan yang dihajati
beliau untuk dijadikan sebuah negeri.
9. Perlis
Perlis dahulunya dikenali sebagai “kayang” atau “kayangan”, dan nama
Perlis diberi bersempena dengan nama seorang tua yang dianggap mempunyai
keramat, iaitu “Tok Perlis”. Ada juga versi lain bagaimana Perlis
mendapat nama,berkemungkinan ianya berasal dari perkataan siam “Phrau
Loi” yang bermaksud kelapa hanyut, kelapa hanyut ini dikatakan banyak
dijumpai oleh orang-orang siam yang menggunakan laluan kuala sungai
Perlis untuk ke Kedah. Sebutan “Phrau Loi” ini bila disebut oleh
masyarakat tempatan akhirnya menjadi “Perleh”.
10. Pulau Pinang
Ianya berasal dari barisan pokok-pokok pinang di kawasan penempatan
masyarakat asal melayu di kawasan pantai. Pulau Pinang pernah diberi
nama “Prince of Wales” oleh Francis Light pada 11 Ogos 1786, tetapi
mujur juga nama itu tidak lekat dan hanya wujud dalam catatan serta peta
inggeris, tetapi tidak di bibir penduduk tempatan.
11. Terengganu
Dipercayai berasal dari cahaya kilat yang dilihat oleh penduduk
Kelantan, lalu mereka berkata “terangnya genu” atau maksud lainnya
“terang sampai ke sana”.
Terdapat juga kisah yang mengatakan nama Terengganu berasal dari kisah
penemuan taring gajah di sebatang sungai di Pulau Duyong, dek kerana
saiz taring yang besar serta belum pernah dilihat oleh penduduk
tempatan, mereka merujuk taring itu sebagai “Taring anu”, sungai dimana
taring tersebut dijumpai juga dikenali sebagai “Sungai Taring Anu”.
12. Sabah
Pernah dikenali dengan nama “Api-api”, Sabah mendapat namanya daripada
perkataan “Saba”, iaitu sejenis pisang. Kebanyakkan penduduk asal
menanam pisang ini di penempatan mereka di sekitar pantai untuk
dijadikan sumber makanan.
13. Sarawak
Tiada kisah yang cukup popular untuk dijadikan sandaran bagaimana
Sarawak mendapat nama, mungkin juga bersempena dengan nama Sungai
Sarawak.
Terdapat sumber dikalangan penduduk tempatan yang mengkisahkan nama
Sarawak berasal dari ungkapan ” serah pada awak”, iaitu apabila Pengiran
Muda Hashim menyerahkan pentadbiran negeri itu kepada James Brooke pada
tahun 1841.
14. Kuala Lumpur
Kuala Lumpur dibina pada tahun 1857 di kuala sungai Gombak dan Klang.
Dalam Bahasa Melayu, maksud namanya adalah “kuala berlumpur.”
Pendudukannya bermula apabila seorang ahli keluarga kerajaan Selangor,
Raja Abdullah, membuka Lembah Klang untuk pelombongan biji timah. 87
pencari gali Cina telah pergi ke sungai Klang dan memulakan prospek di
daerah Ampang, yang pada masa itu kawasan hutan belantara.
Walaupun 69 orang dari mereka meninggal dunia kerana keadaan penyakit
wabak, pelombongan biji timah yang berkembang telah ditubuhkan. Ini
menarik perhatian banyak pedagang yang berdagang keperluan asas kepada
pelombong-pelombong untuk mendapatkan sebahagian dari biji timah.
Pedagang membina kedai di kuala sungai Klang dan Gombak. Oleh kerana
itu, sebuah bandar telah dilahirkan. Sejarah Kuala Lumpur juga amat
berkait rapat dengan Haji Abdullah Hukum, yang merupakan salah seorang
panglima kepada kerajaan negeri Selangor.
Sementara pekan itu membesar, Inggeris, yang menjajah Malaya pada waktu
itu, merasa mereka harus melantik (Kapitan Cina, atau Kapten kepada
orang Cina) untuk mentadbirkan kawasan itu dan memastikan ada
undang-undang dan peraturan. Kapitan Cina yang pertama itu adalah Hiu
Siew.
Kapitan Cina yang ketiga adalah Yap Ah Loy, yang melihat kebesaran Kuala
Lumpur dari pekan lombongan kecil yang sunyi hingga ia menjadi bandar
Selangor yang terutama. Pada awalnya, Kuala Lumpur adalah pusat Perang
Saudara Selangor, di mana dua persengkatan dapat ditanggapkan;
pergaduhan di antara putera-putera Selangor ke atas keuntungan lombongan
biji timah, dan suatu dendam berdarah di antara Kapitan Yap dan Chong
Chong, yang mahu menjadi Kapitan.
Kapitan Yap dan tulang belakangnya, Tengku Kudin, berjaya dan sejak masa
itu, terima kasih kepada pimpinan bagus Kapitan Yap, Kuala Lumpur
menjadi bandar yang terbesar di Selangor. Beliau membina Kuala Lumpur,
yang dihancurkan oleh Perang Saudara dan memenuhinya dengan pelombong
Cina dari tempat lain di Selangor. Beliau juga mengalakkan petani Melayu
untuk tinggal dekat Kuala Lumpur untuk memudahkan bekalan sumber
makanan.
0 Komentar untuk "MENARIK !!! BERIKUT ADALAH ASAL USUL NAMA NEGERI DI MALAYSIA, ANDA BERASAL DARI MANA ? "