Pada zaman Imam Malik, terdapat seorng wanita yang buruk aakhlaknya. Dia
selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki
(pel*cur).
Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang
wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat
tersebut melekat pada batang tubuh jenazah wanita itu. Semua penduduk
dan ulama gempar akan hal itu, mana tidaknya, tangan si pemandi mayat
tersebut melekat sehinggah semua orang di situ mati akal untuk
melepaskan tangannya dari mayat wanita tersebut.
Terdapat berbagai cadangan dan pandangan untuk menyelasaikan masalah
itu, akhirnya ada 2 pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk
dijalankan. Pertama, merek mencadadngkan memotong tangan wanita pemandi
mayat tersebut dan yang kedua pula, tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu
pamandi mayat dan jenazah itu sekali gus. Oleh kerana kedua-dua cadangan
tersebut mesih lagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka memutuskan
untuk meminta pendapat daripada imam Malik. Imam Malik bukan
calang-calang orang yang memberi fatwa.
Amalan Imam Malik sampai dan mellihat appa yang berlaku, Imam Malik
bertanya kepada wanita pemandi mayat tersebut: "Apakah kamu lakukan atau
berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya"? Perempuan
mamandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab dirinya tidak
berbuat apa-apa atau tidak berkata apa-apa semasa memandikan si mati.
Selepas diasak dengan pelbagai pertanyaan dan takut tangannya akan
dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi si
mayat tersebt berkata dia ada berkata: "Berapa kali tubuh ini telah
melkukan zina saambil menmpar-nampar dan memukul-mukul beberapa kli pada
batang tubuh si mati".
Imam Malik berkata: "Kamu telah menjatuhkan Qazaf (Tuduhan zina) pada
wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam
situasi begini, di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan
hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat tuduhan zina tanpa
mendatangkan 4 saksi." Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan
hukuman, bila tiba masa hukuman sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa
Allah SWT, terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.
HIKMAH & PELAJARAN:
Jaga lidah jangan sebarkan fitnah, jangan bersangka buruk dengan kuasa
Allah Taala. Kalau kita tahu dia itu seorang pel*cur sekalipun, tapi
kalau tak pernah lihat perbuatan maka kita dilarang menuduhnya berzina.
Diharap kisa Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan
dan iktibar. Kerana itu ingatlah, apabila kita membantu menyebar
sesuatu perkra buruk dalam masyarakat, negeri atau negara, yang akan
kita tidak menyaksikan dan tiada ssaksi, maka tunggulah suatu hari nanti
balasan yang kita terima. Walaupun peristiwa berlaku: Berhati-hati
semua dan jangan terjerat dengan jarum-jarum kejahatan.
Semoga bermanfaat...!!!
Mudah-dudahan Allah selalu mempermudahkan langkah kita, di manapun dan dalam keadaan apapun kita berada. Aamiinn...
0 Komentar untuk "Kisah Seorang Wanita Pel*cur Yang Sangat Mengejutkan, Lihat Apa Yang Berlaku Semasa Jenazah Ini Dimandikan "