Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim
dikhabarkan telah bertitah bahawa semua bendera Jalur Gemilang di negeri
itu hendaklah diturunkan serta-merta dan digantikan dengan bendera
daerah masing-masing.
Sepucuk surat dari Pejabat Daerah Segamat kepada semua
Ketua Jabatan di daerah berkenaan yang memanjangkan titah berkenaan
telah tersebar di laman sosial Facebook hari ini.
“Semua bendera Malaysia (Jalur Gemilang) di seluruh
negeri Johor hendaklah diturunkan serta-merta kerana sambutan Hari
Kebangsaan telah selesai.
“Bendera Malaysia tersebut hendaklah digantikan dengan bendera daerah masing-masing,” demikian menurut surat berkenaan.
Ramai pihak meluahkan reaksi bercampur-campur berkenaan
titah terbaru ini kerana ia dilihat sebagai satu tindakan yang pelik
memandangkan Johor merupakan sebuah negeri di dalam Malaysia.
Tinjauan laman web lain mendapati ada pihak
berpendapatan bahawa langkah itu ada kaitan untuk membawa Johor keluar
daripada Malaysia.
0 Komentar untuk "GEMPAR!! TMJ arah JALUR GEMILANG diturunkan serta merta di JOHOR !!. "