Tapak
perkhemahan yang didirikan oleh penyeludup manusia dekat sini dikatakan
telah ditemui pada awal tahun ini, bertentangan dengan dakwaan bahawa
ia ditemui pada 11 Mei.
Anggota
dari Pasukan Gerakan Am yang terlibat dalam tugasan menggeledah kawasan
itu berkata tapak yang ditemui di negeri Perlis itu telah ditemui
sebelum ini.
Salah
seorang daripada mereka, yang enggan namanya disiarkan mendakwa mereka
menemui tapak itu berikutan penangkapan besar-besaran pendatang haram
pada Januari tahun ini.
"Mereka
yang ditahan memberitahu kami dari mana mereka datang dan kami
mengikuti jejak mereka sehinggalah menemui tapak perkhemahan itu,"
katanya.
Seorang lagi pegawai mengesahkan bahawa kem itu sebenarnya ditemui pada November tahun lepas.
Walau bagaimanapun, beliau tidak pasti mengapa perkara itu hanya didedahkan kepada awam sekarang.
"Ketika kami menemui kem ini, terdapat kira-kira 50 orang, dipercayai Rohingya dan Bangladesh dikurung dalam sangkar.
"Mereka kelihatan lemah dan kelaparan," katanya sambil menambah tiada rakyat Malaysia ditemui di kem itu.
Ketua
Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Rizani Che Ismail juga percaya
kem itu telah berada di situ dalam jangka masa tertentu tetapi enggan
mendedahkan butiran lanjut.
Terdahulu
sebelum sampai ke bukit itu, Pegawai Operasi Pasukan Gerakan Am (PGA)
Briged Utara, Deputi Superintendan Salleh Mohd Hussain berkata hanya
terdapat satu kem induk di bukit Wang Burma.
Kem dan kubur selebihnya berada di bukit di Wang Perah.
Diasak
oleh pemberita di pangkalan taktikal Pasukan Gerakan Am tentang alasan
pihak berkuasa mengambil masa yang lama untuk menemui kem-kem tersebut,
Rizani enggan mengulas.
Beliau
berkata misi pada Selasa adalah untuk menghantar kakitangan forensik
dan Jabatan Siasatan Jenayah ke salah sebuah tapak perkhemahan untuk
proses pemindahan.
"Pasukan itu telah menemui mayat yang dibalut dengan kain putih dari salah satu kubur.
"Mayat telah dihantar ke unit forensik kami," katanya.
Sebelum
itu, lebih 60 wartawan mendaki bukit untuk sampai ke salah satu tapak
perkhemahan berkeluasan 100 meter per segi dengan ketinggian lebih dari
400m di atas paras laut di bukit Wang Burma dalam Taman Negeri Perlis.
Kira-kira 100 meter dari tapak perkemahan, pasukan forensik polis menggali mayat pertama dari kubur.
Copyright © 2014 masalah dunia - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
0 Komentar untuk "Ditugaskan Ronda Sempadan Tapi Jumpa Benda Lain "