Lelaki digambarkan sebagai individu yang mempunyai susuk tubuh badan
yang tegap dan kuat. Kelebihan ini membuatkan kaum lelaki seolah-olah
kebal dari tangisan meskipun rintangan berat yang terpaksa dihadapi.
Namun, kaum lelaki juga adalah insan biasa yang boleh mengeluarkan air
mata sama seperti kaum wanita.
Walaupun kaum lelaki dilihat jarang menangis berbanding dengan kaum
wanita, ada beberapa perkara yang boleh membuatkan seorang
lelaki menangis. Ini adalah 5 perkara yang boleh membuatkan kaum lelaki
megeluarkan air mata jantan mereka tu.
5. Kehilangan insan yang dicintai
Walaupun kaum lelaki kelihatan gagah dari segi fizikalnya, tetapi
jika hati mereka terluka kerana kehilangan orang yang disayanginya,
mereka juga tidak terlepas dari tangisan.
4. Dikhianati kekasih
Ada ungkapan kalau dikhianati kekasih, lebih baik cari yang lain.
Namun, jika sudah terlalu sayang, jejaka yang dikhianati kekasihnya
pasti saja akan mengeluarkan air mata. Kaum lelaki bukan seperti wanita
yang gemar menunjukkan kesedihan kepada orang terdekat, tetapi kaum
lelaki lebih suka menyendiri ketika rasa sedih menyelubungi diri mereka.
3. Melihat orang yang disayangi menderita
Seorang lelaki juga boleh menangis ketika melihat insan-insan yang
dicintainya menderita contohnya seperti kedua orang tuanya mengalami
masalah kewangan sehingga memaksa mereka untuk bekerja keras, atau
ketika melihat teman-teman rapatnya menderita sakit kronik.
2. Ketika di hari pernikahan atau perkahwinan
Sebahagian besar kaum lelaki pasti akan menitiskan air mata mereka
ketika di hari bahagia dan bersejarah buat diri mereka. Ini adalah
kerana mereka sedar bahawa mereka perlu menempuhi perjalanan hidup baru,
menjadi ketua keluarga, berusaha hidup sendiri tanpa bantuan orang
lain, dan meninggalkan tabiat buruk ketika zaman bujang mereka.
1. Saat kelahiran cahaya mata
Perkara yang paling ditunggu-tunggu setiap pasangan yang sudah
berkahwin adalah untuk menimang cahaya mata. Kebanyakan lelaki yang
sudah bergelar bapa pastinya akan menangis ketika mendapat cahaya mata.
Perasaan bangga, terharu dan gembira membuat seorang ayah tidak
dapat menahan air matanya dari berlinangan.
Copyright © 2014 masalah dunia - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
0 Komentar untuk "5 Perkara Yang Membuatkan Kaum Lelaki Menitiskan Air Mata"