Abang Nara dah lama tahu orang pergi kelab malam untuk lepaskan tekanan.
Member-member Abang Nara pun ada 2,3 orang yang selalu pergi clubbing.
Abang Nara faham Tasha Shilla pun stress dengan kerja. Kalau pergi
clubbing, confirm menari bagai nak rak. Bak kata kawan Abang Nara, bila
menari terasa dunia ini dia yang punya.
Kata Tasha Shilla:-Saya akui gemar meluangkan masa bersama rakan di
kelab malam, tetapi hanya untuk menghilangkan tekanan selepas penat
menjalani penggambaran drama.
Tambahan pula kunjungan saya ke kelab malam Rabu lalu hanya untuk
meraikan hari jadi saya. Saya kecewa dengan fitnah dilemparkan menerusi
laporan dalam blog hiburan yang mereka-reka cerita kononnya saya
melakukan tarian tiang tanpa segan silu dan tidak mempedulikan orang
sekeliling.
Ia jelas menjatuhkan kredibiliti saya. Saya bukan hipokrit untuk
menafikan tidak pernah pergi ke kelab malam, tetapi kehadiran saya hanya
untuk menenangkan fikiran semata-mata.
Nampaknya Abang Nara pun kena belajar pergi kelab malam sebab nak
tenangkan fikiran. Tak pernah pulak terfikir memang berkesan aktiviti di
kelab malam sampai Tasha Shila pun mengakuinya.
Tapi Abang Nara hanya mahukan Tasha Shilla untuk menjadi cikgu clubbing Abang Nara. Rasa-rasa dia sudi tak? Hehehe.
P.S: Mungkin Tasha Shilla patut bagitau kelab malam yang dia pergi.
Rasanya ramai orang di luar sana yang ingin mencari ketenangan secara
berjemaah bersama Tasha Shilla
CREDIT : http://apeciter.com/2015/07/16/tasha-shilla-saya-ke-kelab-malam-untuk-tenangkan-fikiran/
0 Komentar untuk "TOLONGLAH FAHAM SAYA….!!! SAYA KE KELAB MALAM UNTUK TENANGKAN FIKIRAN TASHA SHILLA….. "