Suami Cium Jenazah Isteri Batalkah Wuduk Jenazah??!!
“Suami jangan cium jenazah isteri. Nanti batal wuduk jenazah itu.” Pelik sekali ada orang kata seperti ni. Kadang kala yang kata tu adalah tukang mandi jenazah. Mana lah dia dapat hukum ni?
Kita yang jahil ni pun termakan hingga suami tak dapat cium kali terakhir kepada sang jenazah isteri kerana takut batal wuduk nya. Begitu juga isteri dihalang untuk cium jenazah suaminya atas alasan yang sama.
Mari buka Kitab fiqh. Mari Belajar ilmu supaya tak termakan dengan perkara ini.
Persoalan – Batal ke wuduk jenazah tu?
Jawapannya sudah tentu tidak batal.
Pertama sekali kita mesti tahu bahawa orang yang telah mati sudah putus dari menjadi mukallaf (orang yang wajib ikut syariat). Ini adalah kerana mereka sudah terpisah dari dunia, maka terpisah dari sebarang hukum. (Dunia adalah tempat beramal dan akhirat adalah tempat adalah tempat meraih kehidupan kekal abadi).
Maka bagaimana kamu boleh kata wuduk jenazah itu batal sedangkan dia sudah tidak ada hukum lagi?
Begitu juga jika najis keluar dari kemaluan jenazah yang sudah ada wuduk. Maka wuduknya tidak batal. Namun wajib bagi kita yang hidup untuk sucikan najis itu.
Ini kerana hukum hakam (syariat) hanya bagi mereka yang hidup dan bukanlah yang mati.
Maka jika jenazah yang wuduk disentuh oleh mereka yang bukan mahram (atau sang isteri/suami) maka tidak batal wuduk jenazah itu.
Tapi, jika sekiranya yang hidup itu ada wuduk. Maka yang hidup itu, batallah wuduknya.
Contoh, suami mati. Isteri cium jenazah suami. Maka suami tidak batal, yang batal adalah si isteri.
Rujukan -Kitab kifayatul muhtadi (Pengajian Dibawa oleh Ustaz Wan Junaidi Hafizullah )
Sumber asal: Isma Anis Alfikri
0 Komentar untuk " Suami Cium Jenazah Isteri Batalkah Wuduk Jenazah??!!"