Dengan kecantikan yang dimiliki, tidak membuatkan dirinya malu untuk bekerja sebagai 'cleaner' demi membayar wang pengajiannya.
"Saya bekerja untuk meringankan beban orang tua, supaya tidak terlalu berat memikirkan pendidikan saya. Buat apa malu? Saya perlukan wang untuk meneruskan pelajaran," katanya.
Niat Duma tidak mahu membebankan orang tuanya, selain dari mempunyai tiga beradik lain yang masih berada di bangku sekolah.
Duma bekerja setiap hari bermula jam 7 pagi hingga 3 petang. Sungguhpun memiliki rupa yang cantik, dia tetap ditugaskan melakukan kerja-kerja seperti membersihkan lantai, kaca sehinggalah ke tandas stesen berkenaan.
Duma mengaku, pada dasarnya, dia juga mementingkan kebersihan dalam hidupnya.
Bercakap mengenai masa depan, Duma berharap dia akan berjaya dan menjadi orang yang berguna kepada orang lain selain dari mengaku memiliki cita-cita untuk menjadi 'manager' sesebuah perniagaan yang boleh membuka peluang pekerjaan kepada orang lain.
"Mudah-mudahan saya boleh mengecapi kejayaan dan cita-cita saya untuk menjadi manager," katanya.
Duma juga mengakui dia sering ditegur oleh pengunjung-pengunjung stesen ketika sedang bertugas. Ada juga yang melemparkan senyuman kepadanya yang dipercayai tertawan dengan kecantikan yang dimilikinya itu.
Sumber
0 Komentar untuk "PANAS!!! GADIS CUN INI MENGAKU BERANI "buat apa nak malu.?.""