PAGI ini, emel saya diketuk seorang pembaca yang meminta namanya dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga.Kisah ini wajar dijadikan pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan romantis suami.
Usah
terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum mempercukupkan diri
untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka rumah tangganya yang
beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan telah bergolak hebat di
dasarnya, tanpa sedar…
Suami
seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria… malah
sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas
pergaulan termasuk aurat dan akhlak.
Suami
selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang
selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak
sedar bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali
gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup
kesalahan…
Saya
terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami
untuk berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.
“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”
Ya ALLAH…
saya terduduk dengan pengakuan itu… kenapa janda? kenapa bukan anak
dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya… apa salah saya? air mata
mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya
pantas menepis.
Tiada
kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke
bilik air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran.
Kalau sedih solat sunat dan mengadu padaNYA.
Ya… Saya
ingin mengadu… air mata saya mengalir laju walaupun sedang solat dan
mengaji. Usai solat dan berdoa suami merebahkan kepalanya di ribaan
saya. Dia merangkul pinggang saya dan mencium telapak tangan saya
berkali-kali. Dia minta saya ampunkannya kerana menengking saya sebentar
tadi. Dia akui terlalu marah kerana saya mendesak dan menjerit
kepadanya.
Ya ALLAH,
sesungguhnya lebih pada jerit ingin saya lakukan… S-aya ingin menetak
suami dengan parang! Tapi saya tiada kekuatan. Hati saya hancur luluh.
Saya kuatkan hati untuk bertanya…
“Berapa kali?”
“Banyak…”
“Sejak bila?”
“Sejak Mah mengandung Adan…”
Ya ALLAH… enam tahun lalu… kini Adan dah ada dua adik…
“Tak kahwin?”
“Tidak… abang sayangkan Mah…”
“Sayang?”
“Ya…”
“Ini tanda sayang?”
Soalan saya terbiar tanpa jawapan…
Saya tidak
memandang wajah suami di ribaan, tidak juga mengelus rambutnya seperti
kebiasaan dia bermanja dengan saya. Mata ini tidak berkedip. Saya
melempar pandangan kosong ke dinding. Hati saya bungkam. Air mata tak
mahu berhenti…
Minta terus terang..
Saya minta
suami terus terang kekurangan saya. Jika masih sayangkan perkahwinan
kami dan mahu saya terus di sisinya, saya mahu tahu, apa kelebihan
perempuan itu dan apa kekurangan saya. Suami menggelengkan kepala
sesungguh hati. Mengongoi macam budak kecil. Dia seakan tahu yang saya
mahu keluar dari rumahnya.
“Sepuluh
tahun abang… sepuluh tahun Mah tertipu dengan permainan abang. Mah
sangka rumah tangga kita aman dan bahagia. Rupanya Mah yang
berangan-angan di rumah sendiri… abang tak bahagia dengan Mah… Abang
cari lain-
“Tak!
abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik… tak ada kurang
satu pun… Abang tulis. Abang tulis apa yang abang tak suka tentang Mah.
Abang tak sanggup nak kata tapi Mah janji jangan tinggalkan abang…”
Saya
mengangguk. Saya tolak kepala suami dari ribaan dan melangkah longlai ke
bilik anak-anak dengan telekung masih di kepala. Malam itu saya
menangis di sisi anak-anak yang enak tidur. Entah bila saya terlelap
langsung tak pasti.
Subuh lagi
saya sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak. Saya kejut suami
dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan anak-anak kami
cuba berlagak biasa. Menjadi rutin, sebelum dia keluar menghantar anak
ke sekolah saya bersalaman dan dia mengucup dahi saya; tapi pagi itu,
saat ia hendak berlaku, saya palingkan muka. Saya tak mahu bibir yang
pernah mencium wanita lain hinggap di dahi saya yang setia. Air mata
melurut lagi.
Surat jadi penyebab…
Saya tutup
pintu dan saya menapak ke ruang tamu. Ada helaian kertas yang bertindih
gelas kaca. Saya tahu itu pengakuan suami. Saya tarikh nafas dalam-dalam
mencari kekuatan untuk membacanya. Dan isi surat suami, betul-betul
buat saya rasa tertampar. Saya harap anda semua memahaminya. Jangan
sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang pernah
mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi
sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.
Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik… yang baik… dan ibu yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa…
Impian
abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat… abang
merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima abang semula.
Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha untuk
putuskan hubungan. Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, abang
terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami yang
terkhilaf…
Mah…
Abang
jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir. Muka
Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran hitam. Abang
menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi Mah lupa,
kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.
Sumpah Mah!
Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga makan pakai
abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah tak jaga diri
Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.
Kita kenal
sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan abang.
Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah
lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang. Mah biarkan kuku Mah
kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung… kaki Mah bengkak dengan
lemak… badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa hipokrit
setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan wajah
kusam dan tak bermaya. Abang lemah tengok Mah lemah… Abang bagi Mah duit
untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan rumah dan emas.
Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?
Mah abang
tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah, Abang juga tak
pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher Mah, tapi
abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak menghargai diri
bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh keyakinan masa Mah
bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang penuh dengan
keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu? Abang sungguh
malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang terakhir untuk
abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan… dan Mah terimalah
dengan lapang hati.
Mah…
Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak
menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada
tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun.
Abang menyesal… Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk mengisi
kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang lebih tetapi
kerana selalu bersamanya, abang terpesona. Abang rindukan isteri abang
yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang… abang tidak mampu
menghalang.
Abang
berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah sebagai
seorang perempuan. Ampunkan abang… abang tak pergi kerja hari ini. Abang
nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang
akan terima segala hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling
dalam… abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang
menghargai dirinya luar dan dalam… abang merayu..
sumber asal
0 Komentar untuk "KISAH BENAR !!! ‘YA, ABANG SAYANGKAN DIA! DIA JANDA DAN ABANG DAH TERLANJUR BANYAK KALI…’ "