Saya
berhubung dengan bekas kekasih lelaki Nigeria, 'Jun' melalui telefon
awal hari ini. Dia kedengaran mesra dan saya percayai Jun meluahkan
perasannya dari hati tulus ikhlas.
"Kita
kongsikan kisah ini bersama masyarakat agar gadis tempatan di luar sana
masih dibelenggu cengkaman lelaki Nigeria mampu tersedar akan kesilapan
sedang mereka lakukan," ujar saya.
Jun bersetuju.
Saya berjanji dengan gadis dilahirkan dalam keluarga berada itu untuk tidak mendedahkan identitinya.
"Saya
dan Charles berjumpa di laman sembang IMPU pada tahun 2010. Dari situ
kami kemudian berhubung melalui Yahoo Messanger. Selepas itu, Charles
beralih ke akaun Facebook. Saya lihat ketika itu dia hanya mengguakan
avatar kartun sahaja," ujar Jun.
Berikutan
pujuk rayu dan godaan Charles, pada Oktober 2010, Jun membuat keputusan
berkunjung ke apartment disewa oleh lelaki Nigeria terbabit di Puchong,
Selangor.
"Waktu
itu dia tinggal berseorangan, apartment disewa dengan harga RM1,250
sebulan. Charles memberitahu saya, ayahnya sudah lama meninggal dunia
akibat kegagalan buah pinggang berfungsi. Manakala ibunya seorang
professor dan dia anak ke 3 dari 7 beradik. Saya pernah bertanya,
mengapa dia datang ke Malaysia? Charles kemudian berkongsi kisah sedih
ditempuhnya. Dia mendakwa keluarga ayahnya kaya namun selepas ayah
meninggal dunia, dia dan adik beradik hanya dibesarkan oleh ibu mereka,
diketepikan oleh keluarga ayah. Akibat hasad dengki, ahli keluarga ayah
didakwa cuba menggunakan ilmu hitam, vodoo, terhadap dirinya. Berikutan
itu Charles terpaksa melarikan diri. Katanya, dia datang ke Malaysia
hanya berbekalkan wang tunai 200 US Dollar sahaja. Saya dilahirkan dalam
keluarga senang dan memang sifat saya terlalu cepat berasa simpati
apabila mendengar kisah sedih diceritakan kepada saya," kata Jun.
Tambah
Jun, dia pernah melihat gambar ibu Charles dan wanita itu juga pernah
menghubungi anaknya beberapa kali ketika dia keluar bersama bekas
kekasihnya itu.
"Kalau dia melarikan diri ke Malaysia, bagaimanakah Charles berpeluang menuntut di kolej di Puchong?," soal saya.
"Satu
hari dia berjalan di Kota Raya, Kuala Lumpur dan mendakwa ada orang
bertanya hendak belajar ke tidak? Dia kata ditipu semasa memasuki kolej
itu. Dia terpaksa berjalan kaki dan menumpang di rumah kenalan. Cerita
itu membuatkan saya berasa lebih simpati kerana mendengar kisah orang
berada dalam kesusahan. I felt terrible for him. Charles memaklumkan
saya, dia mengambil jurusan teknologi maklumat, IT. Pada awalnya, dia
mendakwa berasal dari Bahamas tetapi di kad pelajar mencatatkan dia
warga Nigeria," kata gadis itu lagi.
Menurut Jun, Charles fasih berbahasa Inggeris tetapi jika bersama rakan, mereka berkomunikasi dalam bahasa ibunda, Ibbo.
"Antara ayat digunakan awak suka dengar?," tanya saya.
"Dia
selalu menghantar pesanan ringkas di awal pagi, baby I will dream of
you in my sleep tonight and hopefully that you will be safe out there, I
love you always. Dia selalu cakap, no matter what, I am in this with
you forever. Dia juga berjanji untuk mengahwini saya," jelas gadis
berusia 30 tahun itu.
"Berapakah lama selepas berjumpa, dia mula berjanji akan mengahwini awak?," soal saya lagi.
"Selepas
seminggu sahaja. Dia tahu saya suka memasak dan dia memuji saya kerana
pandai memasak. Charles juga selalu memasakkan makanan untuk saya ketika
berada di rumah dia. Keluarga saya memang tidak mengetahui perhubungan
kami. Tetapi kemudian kakak saya terjumpa gambar kami berdua dan my
sister called me stupid sebab dia kata lelaki Nigeria tidak boleh
dipercayai, tujuan mereka hanya untuk menagih wang, kegembiraan dan
s3kssss," terangnya.
"Your sister is right," celah saya.
Menurut Jun, dia telah menyerahkan ribuan ringgit wang pinjaman pelajarannya kepada Charles.
"Kalau
kami keluar membeli barangan dapur bersama, dia tidak pernah
memberitahu saya samada duit dibawa mencukupi atau tidak tetapi apabila
sampai di kaunter juruwang, tiba-tiba duit tidak tidak mencukupi, dia
akan meminta saya menjelaskan bayaran lebihan. Sampai sekarang, dia
masih berhutang dengan saya lagi," kata Jun.
Ternyata beberapa entri saya nukilkan berhubung lelaki Nigeria di blog ini memberikan kesan kepada tindakan dan fikirannya.
"Bila
saya terbaca entri di mazidulakmal.com dan berita di akhbar, saya mula
bercerita hal ini dengan teman baik saya, berkebetulan ayah dia pegawai
polis di Bukit Aman dan dia menyakinkan, saya telah ditipu. Saya mula
tersedar. Saya membaca blog bermula Jun 2011 dan setiap kali membaca,
saya berada di dalam state of denial. Kekadang ada masanya, Charles
menyuruh saya menghantar dia kekelas dan pernah dia meminta saya
membawa dia ke kolej di Nilai, Negeri Sembilan, kononnya ke sana untuk
mendapatkan khidmat nasihat dari pensyarah berhubung thesis dia. Bila
saya bertanya dia mengambil degree, master atau Phd? Dia hanya berkata,
IT," jelas Jun.
"Sepanjang perhubungan selama setahun dua bulan itu, pernah awak rasa dicurangi?"
Soalan itu saya kemukakan.
"Pernah
saya menelefon dia, katanya tidak berada di rumah. Apabila saya
berkunjung ke apartment dia sehari kemudian, saya terjumpa toilteries,
baju perempuan, tuala tetapi bukan milik saya, rambut panjang sedangkan
rambut saya pendek pada ketika itu. Bilik pula bersepah. Bila saya
bertanya mengenai semua barangan ditemui, dia naik angin, meluru keluar
bilik dan menumbuk barangan di dalam rumah. Tetapi dia tidak pernah
memukul saya, selalunya hanya memberikan amaran supaya saya tidak
mengambil tahu dengan siapa dia berkawan. Jangan sesekali mengusik
barangan di rumah dia dan menyentuh telefon bimbit dia ," ujar Jun.
"Penah terjumpa kondom terpakai?," tanya saya.
"Banyak sangat, kondom tidak terpakai banyak dalam simpanan dia. Kondom terpakai di dalam bakul sampah," jelasnya.
Tambah Jun, apartment 3 bilik dihuni oleh Charles itu dilengkapi peti ais besar dan televisyen berskrin besar.
"Menariknya,
selepas lima bulan saya bertemu dia, masuk seorang rakan serumah dia,
kononya pelajar tetapi berusia 39 tahun dan tidak pernah pergi ke
kelas," kata Jun.
"Saya
tidak mahu tahu tentang perincian kerana mungkin terlalu peribadi.
Bilakah awak mula mengadakan hubungan s3kssss dengan Charles?," tanya saya.
"Hujung
November 2010. Kami berjumpa Oktober, mula bersembang di laman sosial
pada pertengahan November dan kemudian perhubungan menjadi semakin
serius," ujarnya.
"Adakah
hubungan itu kerana duit atau s3kssss? Seperkara lagi, adakah lelaki
Nigeria ini memang pandai membelai wanita tempatan sebelum dan selepas
s3kssss?"
Berat rasanya untuk saya mengemukakan soalan itu.
"Dia
tidak boleh mendapatkan duit banyak daripada saya. Fasal soalan kedua
itu, yes! It is true. They really treat you like a queen. Sebelum
mengadakan hubungan s3ksssss, Charles membelikan saya barangan, melayan
dengan baik, membawa saya keluar makan dan kemudian memberikan urutan
kaki. Bila dia membawa saya balik ke rumah, dia akan mengurut tubuh
saya. Memandangkan saya tidak pernah dilayan sebegitu, s3kssss menjadi satu
ketagihan. Dia bijak menyentuh bahagian tubuh dan tahu titik kelemahan
wanita sekaligus membuatkan saya berasa khayal. Kalau kita kata jangan,
dia akan berhenti dan kemudian memujuk kembali sehingga dia berjaya.
Untuk pertama kali, saya tahu, apa saya lakukan salah tetapi dia membuat
saya berasa selasa. Baby, this is a way how to experiance life and normal for adults and you are a woman now," terang Jun tanpa ragu.
"Itu kali pertama awak mengadakan hubungan s3ksssss?," soal saya.
"Ya," balasnya ringkas.
Tambah Jun, bekas teman lelakinya itu peminum arakkkk.
"Apabila
saya katakan kepada dia, saya tidak minum (arakkkk), untuk mengambil hati
saya, dia mengeluarkan semua tin alkohol di dalam peti ais dan buang.
Dia kemudian berkata, I don't drink anymore because of you baby,"
katanya.
"Awak memang berasa yakin Charles mempunyai teman wanita lain?," soal saya.
"Gadis
Cina dan dia juga berjumpa dengan gadis lain di luar. Saya percayi
gadis Cina itu sering datang ke rumah Charles terutama pada hujung
minggu. Dia juga menjalinkan dengan gadis orang asli berasal dari Lembah
Pongsun, Hulu Langat, Selangor. Umur dia 29 tahun dan saya yakin dia
bekerja. Menurut Charles bil internet Maxis dia lebih murah kalau
menggunakan nama rakyat tempatan, nama gadis orang asli itu. Dia pada
awalnya mendakwa, gadis itu teman wanita rakan lelaki dia," jelasnya.
Charles
mula memasuki negara ini pada tahun 2005 dan terkini memaklumkan Jun,
dia tidak mempunyai wang mencukupi untuk membiayai kos pulang semula ke
negara asal. Selama kira-kira 7 tahun berada di Malaysia dia mendakwa
menyara kehidupan dengan menjual barangan kenderaan.
"Dia
pernah beberapa kali bertanya kepada saya, bagaimanakah cara untuk ke
Pulau Pinang dan kemudian menaiki bas ke utara," celah Jun.
Tambah Jun, gadis Cina menjadi teman lelaki Nigeria lebih kerap ditemuinya.
"Kalau
lelaki Nigeria keluar dengan wanita tempatan, tujuan mereka hanya
menagih wang dan s3ks. Sewaktu bertemu dengan rakan Charles, gadis
tempatan, majoriti mereka berusia di antara 25 dan 42 tahun, lewat
berkahwin atau janda, ramai berbangsa Cina tetapi saya dilarang untuk
bertemu dengan mereka. Jika menghadirkan diri ke keraian seperti
sambutan hari ulang tahun kelahiran rakan dia, saya tidak begitu
bergaul," jelas Jun.
Jun
dikatakn pernah dijemput oleh Charles untuk merayakan Krismas di
Nigeria tetapi ditolaknya. Perbualan kami kemudian dirumuskan dengan
kenyataan berikut.
"Lelaki
Nigeria sebenarnya memburu gadis tempatan berkerjaya, mesti memiliki
kenderaan dan tidak bergantung hidup kepada sesiapa. Menurut mereka,
wanita berusia lebih dewasa dan tidak berperangai kebudak-budakkan.
Jelasnya, lelaki Nigeria berupaya membuatkan kita berasa amat dihargai.
Mereka tahu bila waktu tepat untuk menghubungi kita atau tidak. Sentiasa
berada di sisi, apabila kita dilanda keresahan dan amat mengambil berat
tentang diri kita, caring
0 Komentar untuk "KISAH BENAR. MEMALUKAN!! GADIS MELAYU KETAGIH 'LAYANAN' LELAKI NIGERIA"