#$Selepas lebih dua bulan memutuskan hubungan cinta, seorang gadis
berusia 25 tahun kini menjadi mangsa dendam bekas teman lelakinya itu
apabila gambar-gambarnya dalam keadaan aib kini disebarkan di laman
sosial.
Tambah malang lagi, ibarat jatuh ditimpa tangga, walau
laporan polis sudah dibuat, ibu mangsa mendakwa anggota polis
memaklumkan kepada beliau bahawa teman lelaki anaknya itu datang dari
keluarga yang berpengaruh, justeru seolah sukar diambil tindakan.
Mangsa,
Nor Fathiah Idris, 25, memberitahu The Rakyat Post dia dimaklumkan oleh
seorang rakan bahawa bekas teman lelakinya itu yang dikenali sebagai
Irfan memuat naik gambar-gambar dia sedang berkemban memakai tuala ke
laman Facebook pada 2 Disember lalu.
Sehari kemudian gambar bo g
elnya pula turut diviralkan menerusi aplikasi permesejan WeChat dengan
menggunakan nombor telefon milik Fathiah sendiri. Kata Fathiah, akibat
perbuatan lelaki itu, dia dan keluarganya kini menanggung malu.
Saya tidak tahu di mana saya nak letak air muka saya ini angkara perbuatan Irfan itu.
“Meskipun
gambar yang dimuat naik di internet itu hanya saya sedang bertu ala
tetapi ia sudah cukup untuk memalukan,” Fathiah mengadu kepada The
Rakyat Post.
Fathiah turut mendakwa, sepanjang perkenalan dengan
Irfan dia mendapati lelaki itu turut terlibat dengan penyalahgunaan
dadah serta beberapa kes jenayah lain di Johor Bahru.
Sementara
itu, ibu Fathiah, Fatimah Ismail, 50, mendakwa beberapa anggota polis di
balai tempat Fathiah membuat laporan mengatakan bahawa lelaki terbabit
adalah daripada keluarga berpengaruh.
Mereka berkata, seorang
daripada abang lelaki itu adalah exco dalam sebuah parti politik
terkenal manakala bapanya pula pemilik sebuah syarikat berkaitan
teknologi maklumat.
“Saya sungguh terkejut mendengar apa yang
dikatakan oleh anggota tersebut yang seolah-olah mahu mengatakan bahawa
lelaki itu kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.
Fatimah
berkata, dia tidak menyangka bekas teman lelaki anaknya itu sanggup
melakukan perkara terkutuk yang menjatuhkan maruah keluarganya.
Home
»
Unlabelled
»
Kaum Hawa Sila Jadikan Ini Pengajaran - Nur Fathiah Tanggung Derita Selepas Gambar Aib Disebar Bekas Kekasih Hati? (2 Gambar)
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »
Terpopular Posts
Popular Posts
Copyright © 2014 masalah dunia - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
0 Komentar untuk "Kaum Hawa Sila Jadikan Ini Pengajaran - Nur Fathiah Tanggung Derita Selepas Gambar Aib Disebar Bekas Kekasih Hati? (2 Gambar) "