Khas Untuk Ibu Bapa yang Galak Kongsi Gambar Anak Comel Mereka di Laman Sosial
Negara kita digemparkan dengan kewujudan individu yang gemarkan seks
dengan kanak-kanak. Lebih mengejutkan apabila individu terbabit adalah
rakyat Malaysia sendiri.
Terbaharu, Dr Shukri Abdullah memberi saranan khas kepada ibu bapa di
luar sana agar berhati-hati dalam berkongsi gambar anak mereka di laman
sosial.
Baca perkongsian beliau di bawah:
LETAK GAMBAR ANAK SEBAGAI GAMBAR PROFIAL FB ANDA : FIKIR 19 KALI !!
Info berikut diperolehi dari seorang rakan dalam group whatsapp
rakan-rakan seasrama sekolah saya dulu. Dia dapat dari wall FB Shanker
Sundaram. Penting sangat kita pakat share:
Seorang lelaki hantar permohonan untuk jadi kawan FB anda. Anda tidak
mengenalinya tetapi nampak macam orang baik, jadi anda terima
permohonannya.
Anak kecil anda, perempuan, ke sekolah hari itu.Hari pertamanya. Dia
nampak begitu ayu dalam berpakaian seragam sekolah. Anda pun ambil
beberapa gambar dan masuk dalam FB untuk tatapan rakan dan keluarga.
Anda teruja sekali menghantarnya ke sekolah. Ya, ibu dan bapa yang
begitu bangga. Semuanya dibutirkan dalam FB - nama anak, nama sekolah
dsb.
Sementara itu rakan misteri yang anda terima sebagai kawan FB anda menyimpan gambar anak anda itu dalam telefon bimbitnya.
Dia kemudian hantar info kepada 60 lelaki dewasa lain seluruh dunia dengan tulisan:
Budak perempuan: Umur 7 thn
Rambut Hitam, Mata Hitam
Comel, $70,000
Anda bukan sahaja memberikan gambar anak kesayangan anda kepada penjual
kanak-kanak (child trafficker), malah anda memudahkan kerjanya dengan
memberikan nama, alamat, nama sekolah, malah sesi pagi atau petang dan
lain-lain info yang memudahkan kerja jahatnya.
Kemudian satu petang anda pergi ke sekolah untuk mengambil anak dari
sekolah Dia tidak kelihatan di mana-mana. Langsung anda tidak mengesyaki
anak anda yang comel, ayu dan disayangi keluarga itu sedang dalam
perjalanan untuk dijual kepada seorang lelaki berusia 43 tahun
(pedophile - suka seks dengan kanak2) di Afrika Selatan. Dia kini
pening, hairan, takut, mengangis kerana tidak faham kenapa lelaki lain
yang membawanya ke satu destinasi yang tidak diketahui.
HENTIKAN TERIMA DENGAN MUDAH ORANG YANG TIDAK DIKENALI SEBAGAI RAKAN FB.
HENTIKAN LETAK INFO ANAK2 ANDA DALAM FB.
HENTIKAN BERIKAN TERLALU BANYAK INFO YANG ORANG LAIN TIDAK PERLU TAHU DALAM PROFAIL FB ANDA.
Tolong pakat SHARE posting ini demi anak kecil tersayang serta keharmonian keluarga kita semua.
(Posting pertama dlm BI dibuat smlm. Oleh kerana isu ini terlalu penting saya terjemah dgn sedikit pengubahsuaian).
0 Komentar untuk " Ini Padahnya Apabila Bangga Kongsi Gambar Anak Anda Di Laman Sosial"