GADIS NI ELAK SEWA RUMAH MAHAL DENGAN GINAP DI KERETAPI(1 GAMBAR+1 VIDEO)

SEORANG wanita mempunyai cara tersendiri untuk mengelakkan menyewa rumah pada harga yang tinggi di Jerman, iaitu dengan menetap dalam keretapi.
Wanita itu, Leonie Muller memutuskan untuk tinggal di dalam keretapi , selepas beliau bertengkar dengan tuan rumahnya akibat kenaikan sewa rumah hingga menyaksikan Muller dihalau keluar.
Pelajar kolej ini membeli tiket langganan sebanyak $380 yang membolehkan beliau menaiki mana-mana keretapi di seluruh Jerman dan menikmati kemudahan yang ditawarkan.
“Saya boleh membasuh rambut dalam bilik air keretapi dan boleh menulis esei saya semasa pengangkutan awam itu bergerak. Ia seolah-olah seperti bercuti pada sepanjang masa,” katanya.
Menurut Muller, beliau tidak mahu menetap di mana-mana kawasan lagi kerana dengan menetap di dalam keretapi, dia hanya memerlukan satu beg sahaja mengandungi baju, peralatan pengajian di kolej dan komputer riba.
Namun Muller kerap kali juga menumpang di rumah teman lelakinya, ibu dan neneknya setiap kali keretapi berhenti di bandar yang disinggahinya.
“Saya menulis, membaca dan melihat ke luar tingkap serta bertemu orang ramai yang baik hati sepanjang perjalanan. Akan ada sesuatu yang boleh dilakukan setiap kali berada dalam keretapi,” katanya.
Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "GADIS NI ELAK SEWA RUMAH MAHAL DENGAN GINAP DI KERETAPI(1 GAMBAR+1 VIDEO)"

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 masalah dunia - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
Back To Top