Gua nak habaq mai sebagai seorang bujang terang tang tang ni yang majlis
kahwin orang Melayu laa ni sikit punya trendy. Dia macam satu jenis
hipster ar ngan hashtag #tilljannah semua bagai ar kalo nak kahwin ni
nak habaq mai. Transformasi majlis perkahwinan budaya Melayu ni dapat
lar kita tengok dengan perkembangan pesat medium-medium media sosial ni.
Pokoknya, memang nak kahwin ni, kena ikut trend tekini. Mesti mau
INSTAGRAM, PINTEREST, TUMBLR, ETSY, ONCE WED semua bagai ar. Jom kita
tengok apa dia benda-benda yang trendy dalam “transformasi” Majlis
Perkahwinan Melayu yang ala-ala hipster zaman sekarang ni bak kata
hipster-hipster kaki kahwin ni, “to f*** halal way”:
1. MAJLIS PRA-PERTUNANGAN DAN PASCA-PERTUNANGAN
Fuhhh! Tu dia! Masa pra pertunangan ni kita boleh tengok betapa sibuknya
“bakal-bakal” tunang ni pergi cari pengapit baju sedondon bagai. Tapi
baru nak tunang jer kot? Sibuk dia mengalahkan orang nak nikah dah. Masa
pertunangan ni lar kita nak dok habak yang kita ni masih virgin bagai
semua aih! Chit!
Ok lepas kita dah bertunang, cam biasa, “sesi bergambar” sebab dah
alang-alang rombongan gerombolan meminang/bertunang tadi dah penat kita
“pakaikan” baju sedondon. Pastu pi bergambar kat area jejambat
Putrajaya ke ngadap Tasik Putrajaya ke. FUHH! Belum kahwin lagi. Haaaa!
Gambar tu pun apa lagi, posting kat TUMBLR, INSTAGRAM ar siap #Engaged
#loveTILLjannah ar bagai. Ish!
2. “BACHELOR PARTY/BRIDAL SHOWER”
Ini satu lagi musabab Melayu urban sekarang ni transform jadi omputeh
ler kunun. Parti bujang apa jadah nyer? Siap buat kat tempat mewah
bagai. PARTI BUJANG ATAS BUMBUNG TEPI SWIMMING POOL bagai Melayu kita
ni. Fuhh hebat pengaruh TV ni. Tangkap gambar masa parti ni pastu
hashtag ar:- #bae #sister4life dsb. PUI!
3. PENGAPIT (OMPUTEH DIA:” bestmen-bridesmaid” ATAU DOUBLE SEVEN DWARVES)
Ini pun kita boleh tengok depa ni transformasi siap bawak Geng 77 ikut
belakang sampai ke jinjang pelamin bagai. Pakai dua orang pengapit tu
ok what tak yah ar sampai bawak Geng 77 nak ikut berarak dengan baju
sedondon ni follow belakang bawak bunga yang depa gelar 'flower girl'
Geng 77 gitu. Mat Salleh kunun!
4. RSVP! RSVP!
Ni satu lagi fail! Kalo kita buat Majlis kat depan umah bagai, ko datang
jer ar, takyah ar nak RSVP RSVP bagai. Macam lar majlis tu private buat
kat pulau milik persendirian ala-ala artis Hollywood tu. Ish! Pleeeeese
ar weh! Fail optimum!
5. “BUNGA MANGGAR? BUNGA TELOR? BASKET FULL OF CANDY? TAKKAN GULA-GULA JER?”
Zaman dulu, sebagai tanda penghargaan ar sebab sudi datang, dapat lar
seketul atau berketul-ketul (bagi kaki rembat) bunga telor balut ngan
tisu. Tapi zaman hipster ni, FUHHH! Macam-macam rupa dah. Ada yang bagi
basket ngan candybar/gula-gula/ Ferrero Roche bagai. Fuhhh!
#bungatelorKUhabis
6. “GUESTBOOK a.k.a BUKU KEHADIRAN”
Ini gua komen lebih kang kata cam melawat galeri seni pulak tak pun cam
nak masuk meeting ke apa nak kena sign “borang kehadiran” bagai. LAGI
SEKALI #kahwinKEmeetingNI?
7. “PHOTOBOOTH untuk TANGKAP GAMBAR”
Trend ni siap ada tempat nak ambik gambar pegang signage gambar Misai
Wak Doyok ar, “Dah Kahwin” ar, “I’m Next” macam macam. Apa kaitan misai
Wak Doyok ngan perkahwinan korunks ni weh?
8. GAMBAR KAHWIN
Sila rujuk point (1) sebab lebih kurang situasi dia dan malas gua nak ulas balik.
OK. Kita dah tengok Ke-hipster-an Transformasi Majlis Kahwin Melayu
sekarang ni kan kan. Mai kita tengok lepas depa dah kahwin sok, Ada lagi
penularan pengaruh hipster-hipster ni dalam institusi rumah tangga
Melayu kita ni. Jom kita tengok:-
9. BABY SHOWER
Hipster-hipster kita mula lar nak panggil orang ramai buat babyshower
makan cokelat bagai. Hey! Baik lar ko buat kenduri doa selamat jer
panggil tok imam bacakan doa. Sempoi jer. Nak tiru omputeh apa hal?
10. PHOTOSHOOT BABY
HAAA! KO ambik ar gambar anak ko tu, letak kat dalam handbag mahal-mahal
cam Tod’s ke, Fendi ke Chanel ke pastu ko post kat instagram hashtag ar
#babyB #omeyOMEY.
11. 1ST YEAR ANNIVERSARY
HAAA ni yang paling akhir ar. Lepas ko dah lalui liku-liku perkahwinan
hipster anda tu. Jangan lupa untuk sambut setahun meredah badai hipster
rumahtangga. Pergi ar bercuti kat #ParisImInlove ker pastu Insta jer
hashtag #tilljannah. Macam lark o boley melompat ala-ala Tom Cruise
ataih kerusi Oprah tu aih!
0 Komentar untuk "11 Trend Perkahwinan Melayu 'Moden' Yang Menjengkelkan "