PENTING !!! JANGAN MAIN-MAIN DENGAN AL-FATIHAH KERANA....

ALLAH SWT MENJAWAB ALFATIHAH KITA

"Ramai orang yang cara membacanya tergesa-gesa,dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya.Padahal disaat kita selesai membaca satu ayat dari surah AlFatihah tersebut, ALLAH menjawab setiap ucapan kita. Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah Subhanahu Wata'ala berFirman:

"Aku membahagi solat menjadi dua bahagian,untuk Aku dan untuk Hamba Ku."

Ertinya, tiga ayat di atas 'Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in' adalah Hak Allah dan tiga ayat ke bawahnya adalah urusan Hamba-Nya.

  • Ketika Kita mengucapkan: "Alhamdulillahi-Rabbil 'alamin". Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku."
  • Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Ra-him", Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku."
  • Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin", Allah menjawab: "Hamba-Ku memuja-Ku."
  • Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”, Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku.”
  • Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzina an’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.”- Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.”
(HR. Muslim dan At-Tirmidzi)

  - Berhentilah sejenak setelah membaca SETIAP satu ayat.

  - Rasakanlah jawaban indah dari Allah kerana Allah sedang menjawab ucapan kita.

  - Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

  - Barangsiapa yang ucapan “Aamin nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.”

(HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud)
Wallahu a'lam
Sabda Rasulullah s.a.w:  “Surah yang paling afdhal dalam Al-Quran ialah Surah Al-Fatihah:
Sabda Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa membaca Surah Al-Fatihah, nescaya dikurniakan baginya pahala seperti pahala orang yang membaca tujuh kali kitab Taurat, Injil, Quran, Suhuf Nabi Idris dan Nabi Ibrahim. Tiap-tiap satu huruf yang dibacanya itu dikurniakan kepadanya satu darjat di dalam syurga. Luas setiap darjat tersebut adalah jarak antara langit dan bumi”

  Zikir

Apa Pula Kelebihan zikir ‘Laailaha illallah’ ?

Di mana sahaja dan pada apa sahaja masa hendaklah baca zikir ‘Laailaha illallah’ dengan banyaknya.

Kelebihan:

1. Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah ‘Laailaha illallah’. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.

2. Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.

3. Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang membaca ‘Laailaha illallah’ di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari neraka jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan dri api Neraka Jahanam.

4. Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)

5. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.

6. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah ‘Laailaha illallah’ sampai kepada Allah

7. Hadis lain: Zikir ‘Laailaha illallah’ tidak akan meninggalkan satu dosa pun di belakang dan tiada satu amalan yang menyamainya.

8. Hadis lain: Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah ‘Laailaha illallah’ diletakkan di atas dacing yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.

9. Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.
Ringkasan 10 Kelebihan Zikir La Ilaha Illalah :


  1.  La Ilaha Illallah adalah harga Syurga.
  2. La Ilaha Illallah adalah memastikan keampunan.
  3. La Ilaha Illallah adalah kebaikkan terbaik.
  4. La Ilaha Illallah adalah penghapus dosa dan segala kesalahan.
  5. La Ilaha Illallah adalah sebagai memperbaharui iman yang pudar.
  6. La Ilaha Illallah adalah pengangkat hijab sampai kepada Allah SWT.
  7. La Ilaha Illallah adalah zikir yang paling afdhal.
  8. La Ilaha Illallah adalah pendinding daripada syaitan.
  9. La Ilaha Illallah adalah penyelamat daripada neraka.
  10. La Ilaha Illallah adalah penolong.
Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "PENTING !!! JANGAN MAIN-MAIN DENGAN AL-FATIHAH KERANA.... "

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 masalah dunia - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
Back To Top