Baru-baru ini Rita Rudaini meluahkan perasaan geramnya di laman
Instagram mengenai insiden yang berlaku pada dia dan anak-anaknya yang
dalam penerbangan pulang dari London ke Malaysia.
Hanya kerana
anaknya tertendang kerusi penumpang di hadapan, seorang wanita, isteri
kepada seorang Dato', memarahinya secara terjerit-jerit.
Baca luahan hati Rita di bawah:
Macam
inilah keadaan anak-anak bila dah letih atas flight dengan menempuh 13
jam penerbangan. Apa-apa pun, kami tetap selesa dengan MAS.
Tetapi yang tak selesanya, manusia Melayu berlagak depan seat aku ini. Maaf, terpaksa bahasakan diri 'Aku' sebab geram.
Depan
aku ini ada satu keluarga. Suaminya, aku difahamkan berpangkat Dato',
kerja berjawatan bos (bukan CEO) di sebuah syarikat suratkhabar bahasa
Malaysia terkenal di negara kita. Tak payah sebut nama, nanti orang
kenal, glamour pula.
Mereka duduk tiga beranak di depan aku.
Isteri dia, bila tengking aku, dengan kasarnya sambil bangun dan pusing
belakang dan tunding-tunding kat aku dengan bongkaknya berkata,
"Please ask your kid's don't kick my seat!!"
Wow!
Hebatnya Melayu macam kau. Kau tak boleh cakap elok-elok ke? Mana adab
dan budi bahasa Melayu kita? Mat saleh pun beradab bila bercakap dengan
kita. Hanya dsebabkan Ryan mengigau dan nak beralih posisi, kakinya
tersentuh belakang seat wanita itu.
Come on la makcik Datin.
Budak je kot? Tengah tidur, mana dia sedar? Kau pun bukannya tengah
tidur, dok melayan cerita omputih sebab kau feeling mat saleh. Sebab itu
dengan aku orang Melayu sebangsa kau pun kau nak jerit cakap omputih.
Aku malu nak mengaku kau bangsa aku.
Bongkak, sombong, selfish,
berlagak, poyo, muka ketat, semua pakej ada pada kau. Kalau kau nak
selesa dan nak privacy, kau duduklah business class barulah class macam
title kau 'Datin'.
Aku memang diam tak menjawab apa yang kau
tengking sebab aku tak nak jadi low class macam kau terjerit-jerit atas
flight. Bukan sebab aku takut, kalau dengan budak kecil pun kau nak
berkira, kau memang jenis perempuan Melayu yang hati busuk
sebusuk-busuknya.
Biasalah kalau kita duduk economy class, siapa
yang bergerak belakang kita, akan terasalah. Biasalah tu kan? kenapa
semasa kerusi bergoyang disebabkan cuaca tidak elok, kau tak pergi
tengking pilot di kokpit tu?
Aku bukan nak puji Mat Saleh tetapi
memang kenyataan. Semasa atas flight nak pergi London pun, ramai
bdauk-budak buat bising lagi atas flight dan anak aku dok belakang
bangsa lain bising-bising pun mereka boleh senyum dan gelak sahaja.
Baru
pangkat Datin kau dah sombong semacam. Belum kaya macam Arab di London
itu lagi. Suami kau di sebelah pun tak malu ke tengok perangai isteri
macam kau? Boleh buat 'kering' jer. Bagus didikan kau kat isteri dan
anak kau. Pangkat dan kekayaan kau tak boleh bawa pergi kubur. Esok-esok
kau mati pun masuk dalam tanah juga. Bukan duduk atas seat emas! Korang
memang Melayu yang lupa diri itu Melayu. Sekian!
Home
»
Unlabelled
»
'Memang Kau Jenis Perempuan Melayu Yang Hati Busuk Sebusuk-Busuknya !!!' - Rita Rudaini
Next
« Prev Post
« Prev Post
Previous
Next Post »
Next Post »
Terpopular Posts
Popular Posts
Copyright © 2014 masalah dunia - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
1 Komentar untuk "'Memang Kau Jenis Perempuan Melayu Yang Hati Busuk Sebusuk-Busuknya !!!' - Rita Rudaini "
Datin miskin, nak tunjok lawa kok naik economy...