Tahukah anda tips dan petua cara putihkan ketiak hitam dengan cepat dan berkesan? Adakah anda mempunyai masalah ketiak hitam atau gelap yang jauh berbeza dengan warna kulit anda? Ada banyak sebab kenapa ketiak menjadi hitam antaranya penggunaan produk yang tidak sesuai dengan kulit kita seperti deodoran, bedak, selalu cukur bulu ketiak dan sebagainya. Tabiat mencukur bulu ketiak tidak salah cuma, kekerapan bercukur akan membuatkan kulit akan mudah menjadi gatal-gatal dan rasa tidak selesa di bahagian ketiak.
Kenapa tidak cuba petua cara putihkan ketiak hitam
secara semulajadi yang senang diamalkan dalam hidup kita seharian?
Berikut ialah beberapa bahan untuk memutihkan ketiak dan cara
menggunakannya:
1) Limau Nipis dan Kapur Sirih
Ambil limau nipis dan perah ke dalam bekas atau mangkuk kecil. Campurkan dengan sedikit kapur sirih dan kemudian gaul sehingga rata. Sapukan pada bahagian ketiak anda sebaik-baiknya selepas mandi dan biarkan untuk beberapa minit lebih kurang 20-30 minit sebelum bilas dengan air.

2) Timun
Caranya agak mudah tetapi mungkin susah sedikit untuk diamalkan oleh sesetengah orang. Caranya potong timun sehingga nipis dan letakan atau kepitkan di bahagian ketiak selama yang boleh.

3) Ubat Gigi
Ubat gigi ini banyak kegunaannya selain daripada ketika memberus dan mencuci gigi. Ubat gigi juga dikatakan boleh dijadikan bahan untuk cara putihkan ketiak hitam dengan berkesan dan paling senang diamalkan sebab ubat gigi memang selalu ada dengan kita setiap hari melainkan anda seorang yang memiliki mulut berbau sebab jarang berus gigi, hehe.

4) Betik (papaya) atau Kentang
Gunakan papaya yang masih muda dan belum masak sepenuhnya untuk putihkan bahagian ketiak. Caranya ialah kisarkan atau hancurkan hingga halus sebelum disapukan ke bahagian ketiak. Seperti biasa, biarkan dalam tempoh sekitar 15-20 minit sebelum cuci ketiak anda dengan air. Anda juga boleh gunakan kentang jika anda mahu.

5) Minyak Zaitun
Minyak Zaitun memang banyak kegunaaan dalam produk kecantikan dan juga kesihatan. Minyak Zaitun juga boleh digunakan sebagai bahan untuk memutihkan dan mencerahkan ketiak. Cara penggunaan ialah sapaukan pada bahagian ketiak dan biarkan untuk beberapa lama sebelum dibilas dengan air. Amalkan dengan selalu.

0 Komentar untuk " Tips dan Petua Cara Putihkan Ketiak Hitam Dengan Cepat"