Terus terang, saya berasa sangat-sangat sedih dan kecewa apabila terbaca
mesej-mesej sesetengah orang yang mengutuk-ngutuk jururawat sehingga
ada yang melabelkan mereka sebagai hamba abdi dan pelacur. Itu
sememangnya sangat melampau.
Saya adalah seorang doktor dan saya tahu dan sedar yang gred jawatan
saya jauh lebih tinggi daripada mereka. Tetapi saya sedikit pun tidak
pernah memandang rendah pada mereka. Sebaliknya, saya menghormati mereka
dan saya banyak terhutang budi pada mereka.
Sewaktu saya mula-mula bekerja sebagai doktor pelatih dahulu,
jururawatlah tempat saya banyak belajar. Dengan merekalah saya belajar
bagaimana nak set up branula, bagaimana nak mengambil sampel darah,
bagaimana nak insert urinary catheter dan banyak lagi. Kalau saya gagal
buat semua itu, mereka dengan rela hati akan membantu walaupun mereka
sibuk dengan tugasan yang lain. Tidak pernah mereka mengeluh atau
membiarkan saya terkapai-kapai. Kalau saya tidak pasti dengan patient's
management atau ubat-ubatan, adakalanya saya akan bertanya kepada mereka
kerana mereka sangat berpengalaman.
Mereka jugalah tempat saya mengadu apabila saya stress dengan kerja,
stress dengan patient's yang banyak ragam, stress dengan rakan HOs yang
kiasu, stress dengan MOs yang garang, stress dengan specialists yang
tidak memahami. Mereka sudi mendengar segala keluh kesah luahan hati
saya. Kesimpulannya, kalau mereka tiada, memang saya takkan survive.
Bagi saya, jururawat adalah pekerjaan yang sangat mulia dan sangat
penting. Tanpa mereka, sesebuah institusi hospital boleh lumpuh
sepenuhnya walaupun dipenuhi dengan doktor-doktor.
Begitulah besarnya peranan mereka. Mereka inilah yang banyak berkorban
sebenarnya. Adakalanya saya sangat bersimpati dengan mereka. Mereka
bekerja mengikut sistem syif. Kalau tiba giliran kerja syif malam,
mereka akan bekerja tiga malam berturut-turut (9 petang - 7 pagi
esoknya). Siangnya bukan mereka dapat tidur pun, lebih-lebih lagi yang
ada suami yang perlu dilayan dan anak-anak yang perlu diuruskan.
Pada musim raya, ada sesetengah yang terpaksa bekerja pada hari raya.
Ada yang sampai 3 - 4 tahun berturut-turut beraya di hospital
Bagi mereka yang mengutuk-ngutuk pekerjaan jururawat, anda adalah
manusia yang paling jijik dan terkutuk. Suatu hari nanti, apabila anda
sakit atau sudah tua, hospital jugalah yang akan menjadi tempat
persinggahan anda. Pada waktu itu, anda akan menyesal dengan segala apa
yang anada penah katakan terhadap jururawat kerana merekalah yang akan
banyak membantu anda pada waktu itu. - Jhaz Kitaro
Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
0 Komentar untuk "'Tanpa Jururawat, Saya Takkan Survive' - Doktor"