KOTA TINGGI - Pilu hati seorang isteri yang sedang hamil 4 bulan,
menerima satu berita buruk yang suaminya maut bersama dengan isteri baru
dan ibu mertuanya dalam kemalangan.
Mangsa yang terbunuh adalah Abdullah Suhaime Abd Rahman, 30, pembantu
juru X-Ray di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan isteri
barunya, Rohayu Abas, 29, jururawat tempat yang sama mereka bertugas
serta ibu mertuanya, Rokiah ABu Bakar, 52.
Dimaklumkan, Suhaime baru sahaja bernikah dengan Rohayu beberapa hari yang lalu.
Kemalangan ngeri tersebut berpunca dari sebuah kereta Ford Fiesta yang
dipandu oleh Rohayu dari arah Mersing dipercayai telah hilang kawalan
dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengn lori pasir
tanpa muatan di Kilometer 42.2, Jalan Johor Bahru-Mersing, berhampiran
dengan stesen minyak di Batu 1 Jalan Mawai pada jam 5 pagi.
Pemandu lori itu bagaimanapun hanya mengalami kecederaan di bahagian mata dan kini dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).
Farah Fadila Faizal, 27, isteri pertama mangsa hanya mengetahui kejadian
itu daripada rakan WhatsaApp sebelum diberitahu oleh pihak polis.
Farah telah mendirikan rumah tangga dengan Suhaime selama dua tahun yang
kini sudah hamil empat bulan terkejut menerima berita itu.
"Ahad lalu, suami ada beritahu saya dia hendak pergi kursus beberapa
hari. Saya ada menghantar sms mengadu kaki saya sakit ketika dia sedang
berkursus. Tetapi mesej saya langsung tidak dibalas. Saya tidak tahu ibu
mertua dan wanita itu ada bersama dengannya sehingga menerima berita
tentang kemalangan itu," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM
0 Komentar untuk "SEDIH !!! Rahsia suami Kahwin Baru Terbongkar Lepas Maut Bersama Isteri Baru dan Mertuanya dalam Kemalangan"