PANAZZ!! Che Ta mengamuk sakan anak jatuh atas katil, berdarah hidung (4 Foto)

Walaupun rumah terbuka Rozita Che Wan dan Zain Saidin baru-baru ini kelihatan meriah, tetapi ada satu insiden cemas yang berlaku sebelum majlis tersebut dimana anak mereka Aaisyah Dhia Rana telah jatuh daripada katil sehingga hidungnya berdarah.

Jelas sekali kejadian tersebuat membuatkan Rozita merasa cemas dan tidak tentu arah kerana ia kali pertama berlaku kepada anaknya itu.

Namun, Rozita merasa syukur Aaisyah tidak mengalami sebarang kecederaan serius selepas di pastikan oleh pihak doktor sendiri.

"Aaisyah jatuh katil sebelum kami datang ke sini (rumah terbuka) hingga hidungnya berdarah. Kami bawanya ke klinik dan doktor menyuruh kami pastikan Aaishah tidak tidur dan aktif. Kami memang bimbang apa-apa berlaku terhadapnya

Ia kejadian pertama terjadi membuatkan saya ‘mengamuk’ sekejap. Alhamdulillah tiada apa-apa yang serius."

Ibu mana yang tidak merasa cemas jika sesuatu berlaku kepada anak mereka yang mereka kasihi, kata orang kalau boleh satu nyamuk pun mereka tidak mahu bagi gigit anak mereka. Syukurlah, Aaisyah Dhia Rana tidak apa-apa.



Share this article :
+
Previous
Next Post »
0 Komentar untuk "PANAZZ!! Che Ta mengamuk sakan anak jatuh atas katil, berdarah hidung (4 Foto)"

Terima Kasih Sudah Berkomentar
 
Copyright © 2014 masalah dunia - All Rights Reserved
Template By. Kunci Dunia
Back To Top