KUALA LUMPUR - Seorang wanita melecur teruk dalam kebakaran di dalam
keretanya sendiri di Avenue 5, Bangsar South CIty, Kerinchi, petang
semalam.
Dalam kejadian pada jam 5 petang itu, mangsa memandu keretanya, Perodua
Viva ke hadapan bangunan Averis dan terus menghala ke pintu utama, namun
tersekat di anak tangga.
Gagal merempuh pintu masuk, wanita itu kemudian keluar dari kereta
sebelum menyalakan pemetik api ke bajunya sendiri dan terbakar.
Bagaimanapun, tindakan pantas pengawal keselamatan berjaya menghalang api dari terus marak.
Mangsa yang melecur 50% itu kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.
Hasil pemeriksaan polis ke atas kereta mangsa menemui tong gas, botol berisi petrol dan kotak mercun.
Wanita yang berusia 35 tahun itu juga dilaporkan pernah menerima rawatan
psikatrik di Hospital Selayang dan telah diberhentikan kerja dalam
bidang penyelidikan IT.
Lapor Harian Metro, mangsa dikatakan bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan syarikat tempatnya bekerja.
Menurut seorang kakitangan CIMB, Razali, yang berada di tempat kejadian
berkata, wanita itu menjerit-jerit bahawa dirinya telah dir0g0llll.
"Masa saya angkat dia masuk ke dalam bangunan, dia kerap kali menjerit
yang dia kena r0g0lll," katanya menjawab pertanyaan rakannya dalam
WhatsApp. - THEHYPEMEDIA.COM
0 Komentar untuk "'Dir0g0lllll, Punca Wanita Cuba Bunuh Diri'"